Semua rakyat Malaysia wajar merayakan Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh keazaman, keyakinan dan komitmen untuk membina Malaysia Baru yang bercirikan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti demi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk merayakan Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh keazaman, keyakinan dan komitmen untuk membina Malaysia Baru yang bercirikan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti demi menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia.

Rakyat Malaysia mengambil keputusan bersejarah pada 15 bulan yang lalu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 untuk memindahkan kuasa secara aman dan demokratik di Putrajaya setelah enam dekad berlalu, suatu peristiwa yang mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dunia, dan kini kita memikul tugas yang sangat mencabar dalam membina sebuah Malaysia Baharu melalui jalan demokrasi dan bukan dengan cara revolusioner.

Ini adalah misi kebangsaan yang memerlukan lebih daripada satu pusingan pilihan raya umum untuk dicapai kerana Malaysia Baharu tidak mampu terbina dalam tempoh yang singkat.

Baru-baru ini, puak fahaman pemisah dan perpecahan seolah-olah telah menguasai perkembangan di negara ini sehingga melahirkan kekecewaan, perbezaan dan perpecahan di kalangan rakyat.

Di ambang perayaan Hari Kebangsaan ke-62, rakyat Malaysia perlu mengambil alih misi yang besar ini untuk membina Malaysia Baru yang bercirikan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti demi melonjakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara bertaraf dunia.

Kita harus mengingati semula lima janji utama Pakatan Harapan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, iaitu:

  • Meringankan beban rakyat;
  • Reformasi institusi dan politik;
  • Menjana pembangunan yang mampan dan saksama;
  • Pemulihan taraf Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan;
  • Mencipta Malaysia Baharu yang inklusif, moderat, dan dipandang tinggi di mata dunia.

Semoga lima janji utama ini menjadi prinsip pengangan kita untuk membina sebuah Malaysia Baharu pada Bulan Hari Kebangsaan ke-62 bermula dari 16 Ogos hingga 16 September, yang menandakan sambutan Hari Malaysia ke-56.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 14 Ogos 2019