Nafi sekeras-kerasnya barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan DAP terlibat dengan individu ditahan berkait kegiatan dadah

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tanpa asas kononnya barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan salah seorang daripada lapan individu yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Januari 2020 di atas kesalahan kegiatan dadah.

Berhubung dakwaan yang dipaparkan di dalam laman sosial sebagaimana di bawah:

Ketua Menteri hadir pada majlis pelancaran ibu pejabat syarikat berkaitan pada 14 September 2019 adalah sebagai jemputan daripada pihak syarikat yang berjaya menghasilkan produk eko berasaskan sisa (sekam kelapa) demi perlindungan ekologi ke arah kelestarian alam sekitar selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri ke arah sebuah negeri ‘Hijau’.

Sebagai tambahan, individu yang dinamakan juga hanya menguasai kepentingan terbesar dalam syarikat swasta tersebut mulai 1 November 2019, iaitu kira-kira satu setengah bulan selepas majlis dihadiri Ketua Menteri bersama-sama dua pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagaimana dinyatakan. Malah, pada 1 November 2019 juga, individu berkenaan dilantik sebagai Pengarah syarikat yang tersenarai dalam BURSA KLSE.

Justeru, tindakan mengaitkan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri dan DAP dengan kegiatan individu berkenaan adalah berniat jahat sama sekali, dan ia adalah fitnah yang berniat buruk.

Teh Lai Heng
Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang & ADUN Komtar
Kenyataan media oleh Teh Lai Heng di George Town pada hari Isnin, 10 Februari 2020