Pada Hari Raya Aidilfitri ini, marilah kita semua sebagai rakyat Malaysia beriltizam untuk memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia sebagai asas kemajuan negara

Sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini disambut dengan suasana yang sangat berbeza, tidak boleh untuk balik ke kampung masing-masing, Perdana Menteri sedang dikuarantin, dan rakyat Malaysia secara amnya perlu belajar untuk hidup bersama dengan virus Covid-19 ini dengan tabiat-tabiat baharu seperti penjarakan sosial dan kawalan pergerakan.

Wabak Covid-19 ini tidak mengenali perbezaan, baik dari segi kaum, agama, warna kulit, atau kewarganegaraan.

Kita dapat lihat dalam kalangan 20 negara dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, virus ini menjangkiti manusia daripada semua latar belakang agama, tanpa pilih kasih:

Negara Jumlah kes Kematian
1. AS 1,644,635 97,635
2. Brazil 330,890 21,048
3. Rusia 326,448 3,249
4. Sepanyol 281,904 28,628
5. United Kingdom 254,195 36,393
6. Itali 228,658 32,616
7. Perancis 182,219 28,289
8. Jerman 179,713 8,352
9. Turki 154,500 4,276
10. Iran 131,652 7,300
11. India 124,794 3,726
12. Peru 111,698 3,244
13. China 82,971 4,634
14. Kanada 82,420 6,245
15. Arab Saudi 67,719 364
16. Chile 61,857 630
17. Mexico 59,567 6,510
18. Belgium 56,511 9,212
19. Pakistan 50,694 1,067
20. Belanda 44,888 5,788

Rakyat Malaysia dapat menzahirkan kesyukuran memandangkan kita sudah keluar daripada kategori ini. Malaysia berada pada kedudukan ke-18 pada 18 Mac semasa PKP mula dilaksanakan, kini kita berada di kedudukan ke-56, dengan 7,137 kes dan 115 kematian.

Jumlah peningkatan harian kes baharu dalam tempoh 17 hari yang lepas kekal berada di dalam julat dua angka, dan saya berharap untuk melihat sifar peningkatan harian dan sifar kematian akibat Covid-19 dalam masa terdekat.

Dalam kita menyambut perayaan ini dengan suasana yang sedikit suram, marilah kita mempelajari norma-norma baharu yang diperlukan dalam dunia baharu pasca-Covid-19. Kita mungkin perlu untuk hidup bersama dengan virus ini untuk tempoh di antara dua sehingga lima tahun yang akan datang, sehinggalah vaksin yang berkesan diciptakan dan tersedia dengan meluas.

Tetapi, dalam pada masa yang sama, kita juga harus beringat kepada satu perkara yang amat penting, iaitu untuk semua rakyat Malaysia beriltizam untuk memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara.

Marilah kita juga beriltizam untuk tidak membenarkan wabak Covid-19 ini untuk mematahkan semangat Malaysia, memecah belahkan negara, mahupun untuk membenarkan kembalinya penyalah-gunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, pengembalian kleptokrasi, ataupun pencabulan hak asasi manusia.

Kita semua boleh melupakan kepentingan integriti, keadilan, cinta, dan belas kasihan.

Kita harus terus meraikan kepelbagaian kaum, agama, dan wilayah yang telah bersatu untuk membina sebuah negara dan peradaban Malaysia yang baharu, seperti yang digambarkan oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, 63 tahun yang lalu; “satu suar cahaya di dalam dunia yang kacau bilau”.

Seperti yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong dalam Titah Diraja Baginda kepada Parlimen pada hari Isnin lalu, marilah kita mara ke hadapan, biar apa pun cabaran yang dihadapi kita, untuk membawa negara kita ke satu kemuncak yang baharu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf, zahir dan batin.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 23 Mei 2020