Mari kita berikrar untuk mengakhiri “Katak-ism” pada Hari Malaysia

Pilihan raya membenarkan rakyat untuk memilih kerajaan mereka.

Rakyat membuat undian dengan penuh harapan. Mereka berharap agar undian tersebut dapat membawa reformasi dan perubahan positif dalam pelbagai isu, ini termasuk juga dengan keselamatan pekerjaan serta perumahan mampu milik.

Akan tetapi “sindrom katak” telah memusnahkan bentuk demokrasi negara kita malah merampas “suara” dan aspirasi rakyat.

Hal ini telah menafikan hak rakyat untuk memilih kerajaaan. Fenomena ‘lompat parti’ berleluasa kerana kita mempunyai parti politik yang boleh menerima “katak” sesuka hati atau pembelot yang boleh melompat parti untuk kepentingan peribadi.

Para pembelot ini kelihatannya senang untuk memberikan sebarang alasan yang kelihatan ‘sempurna’ dan mengarang kenyataan palsu bagi menyokong perbuatan mereka. Akan tetapi, kita masih perlu mengingatkan pembelot-pembelot ini bahawa mereka telah menginjak-injak hak pengundi dan mengkhianati kita.

Ahli-ahli politik ini harus dihukum.

Oleh itu, pada Hari Malaysia ini, mari kita berjanji kepada diri sendiri bahawa kita tidak akan menerima pembelot ke dalam parti politik kita.

Kita juga harus memastikan kehendak rakyat perlu diperlihara dan kelihatan ia sedang dilaksanakan.

Ahli Parlimen Klang
Kenyataan media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Rabu, 16 September 2020