Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Speaker Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Azhar Harun, bahawa wakil rakyat masing boleh bertugas seperti biasa walaupun dalam keadaan darurat.
Tugas dan tanggungjawab Ahli Parlimen jauh lebih besar daripada setakat memberi peruntukan dan bantuan kepada rakyat semasa pandemik Covid-19.
Tugas dan tanggungjawab paling utama badan perundangan adalah untuk menyemak dan mengimbangi peranan dan fungsi eksekutif dan kehakiman.
Dalam keadaan kedua-dua eksekutif dan kehakiman boleh berfungsi dan berjalan mengikut SOP di bawah norma baharu, mengapakah ada pengecualian terhadap fungsi dan peranan badan perundangan? Kita jangan khilaf bahawa Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan tidak secara tersurat menegah Majlis Parlimen daripada bersidang semasa Darurat, maka Parlimen masih ada peranan dan fungsinya, begitu juga dengan Dewan Negeri masing-masing.
Walaupun wakil rakyat boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa, tetapi hasil penemuan dan perbincangan Jawatankuasa Pilihan ini perlu dibukukan dan dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan sidang.
Apatah lagi wakil rakyat perlu memperhalusi dan menyemak perjalankan kerajaan dalam banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat dan perjuangan untuk melatarkan lengkung jangkitan.
Antara isu dan soalan yang perlu diberi perhatian ialah
Semua soalan yang di atas mustahil dibahas dengan terperinci kalau sekadar di perbincangan Jawatankuasa Pilihan kerana ianya adalah lebih fokus kepada isu tertentu sahaja yang melibatkan sekumpulan kecil Ahli Parlimen yang menjadi anggota kepadanya.
Sekiranya persidangan Parlimen dan Dewan Negeri boleh berjalan dengan mengikut SOP yang ditetapkan di bawah norma baharu, di mana keperluan dan rasionalnya untuk mengecualikan Dewan daripada bersidang?