Politik bermuka dua

Ahli Parlimen Shamsul Anuar Nasarah (UMNO-Lenggong) soal tentang perancangan KPM melaksanakan sekolah satu aliran bagi menyelesaikan isu masyarakat yang tidak fasih berbahasa Melayu di Dewan Rakyat semalam (11.10.2021).

Persoalannya, kenapa tidak laksanakan cadangan ini semasa UMNO dan BN menjadi kerajaan selama berdekad-dekad lamanya?

Kenapa tidak minta KPM laksanakannya semasa beliau menjadi seorang Menteri? Atau beliau hanya diam membisu dalam mesyuarat Kabinet?

Adakah ini benar-benar cadangan yang jujur atau sekadar mahu bermain dengan politik perkauman?

Ramai anak Malaysia yang belajar di sekolah antarabangsa juga tidak dapat menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik, adakah Ahli Parlimen Lenggong mahu kerajaan menghapuskan semua sekolah antarabangsa di Malaysia?

Isu peruntukan RM15 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina juga sama.

Mengenai peruntukan RM15 juta untuk SMPC, ia memang diberikan pada zaman PH dan juga zaman PN sekarang.

Persoalannya, mengapa pada zaman PH, peruntukan ini dipertikaikan oleh mereka yang menunjuk lagak sebagai juara kaum, iaitu:

  1. Presiden UMNO Zahid Hamidi (UMNO – Bagan Datuk)
  2. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar (UMNO – Tanjong Karang)
  3. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (UMNO – Rembau)
  4. Menteri Alam Sekitar Dan Air Ibrahim Tuan Man (PAS – Kubang Kerian)
  5. Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (PPBM – Tanah Merah)
  6. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Rosol bin Wahid (PPBM – Hulu Terengganu)
  7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah binti Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang)
  8. Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Ahmad bin Hamzah (UMNO – Jasin)

dan paling penting sekali, orang yang membantah peruntukan RM15 juta itu pada zaman PH tetapi pada zaman beliau, diluluskan pula, iaitu:

Perdana Menteri Ismail Sabri!

Ingatlah apabila pemimpin UMNO atau Bersatu bermain politik perkauman, ia menambah kebencian di antara rakyat pelbagai kaum.

Saya mohon hentikanlah perbuatan yang keji ini. Sebagai kerajaan, hormatilah dan hargailah setiap warganegara kita tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli Parlimen Kulai
Kenyataan media oleh Teh Hoong Keat di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 12 Oktober 2021