Ucapan Perbahasan ADUN Berapit Heng Lee Lee dalam Perbelanjawaan Pulau Pinang 2022

Salam Sejahtera dan Salam Harapan saya ucapkan kepada YB Dato Speaker, Ahli-ahli yang berhormat, tuan-tuan, puan-puan yang bersama kami dalam dewan ini. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang bertema “Mempercepat Pencapaian Penang 2030” yang telah berjaya dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri.

Saya juga ingin ambil peluang mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan demi memperlindungkan kesihatan awam di negeri kita. Situasi pandemic Covid-19 masih belum balik seperti masa lama, saya berharap para petugas menjaga diri semasa berkhidmat demi masyarakat.

Saya Ingin menyentuh dahulu dengan isu-isu di KADUN Berapit.

Menjadikan Rumah Rehat BM kembali bernyawa

Telah 10 tahun Rumah Rehat Bukit Mertajam atau BM Rest House diabaikan. Sejak saya dipilih menjadi ADUN Berapit pada 2018, saya sentiasa mengambil berat tentang tempat ini. Beberapa kali saya bertanya mengenai status tempat ini tapi jawapan yang saya terima kawasan ini dipakai oleh pihak Hospital BM. Kini Klinik Bandar Perda telah siap dan pesakit luar akan dihantar ke sana, jadi telah pasti tempat ini tidak akan digunakan oleh hospital.

Tanah lapang ini perlu digunakan dengan sepenuhnya. Baru-baru ini saya terima surat bahawa pihak CMI memaklumkan akan menggunakan tanah lapang ini. Saya amat menantikan projek yang akan dijayakan ini. Saya berpendapat kawasan ini amat sesuai untuk remaja dan keluarga melakukan aktiviti. Tambahan pula ianya berdekatan dengan 4 buah sekolah iaitu Jit Sin Independent high School, SMK dan SK Convent serta SJKC Kim Sen yang mempunyai lebih daripada 4400 pelajar. Saya merasa sangat kesian tempat yang strategi dan bagus ini ditinggalkan selama 10 tahun.

Saya amat berbesar hati dengan pengumuman YAB Ketua Menteri tentang Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Penang2030 di setiap KADUN sebagai Shared space untuk menjalankan aktiviti komuniti pada tahun 2022. Bersama dengan Exco Belia & Sukan juga mengumumkan pembinaan Pusat Belia di setiap KADUN pada sidang dewan yang lepas. Ini satu peluang yang sesuai untuk keluarga seperti mana visi Penang 2030 yang berteraskan keluarga. Tanah lapang ini sesuai untuk Pusat Belia dan keluarga bukan saja di Berapit tetapi bagi komuniti BM.

Saya pernah bertanya kepada CMI tentang perkembangan tanah lapang ini dan dimaklumkan mereka perlu membuat tempat (placemaking) untuk memahami keperluan masyarakat tempatan dan proses untuk menilai keperluan setempat dengan memerlukan kos RM20000. Saya bersetuju dengan proses ini untuk memastikan orang ramai berada dalam kawasan yang selamat, selesa dan menarik. Saya berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri.

Rumah Rehat BM terletak di pekan BM, Pekan BM adalah satu bandar lama dan semakin hilang daya saing ekomoni. Deang menghudupkan semula BM Rest House kepada satu tempat shared space yang menarik, saya percaya ia boleh menjadikan sebagai 1 pemangkin kepada ekonomi Bukit Mertajam. Stadium Jalan Betek akan membuat E-Sport dan ini amat dinantikan oleh pemuda. Tapi perlu difahami setiap pemuda mempunyai minat yang lain-lain dan perlu satu tempat untuk semua.

Lagi satu tarikan lokasi BM Rest House adalah Pekan BM mempunyai memorinya yang tersendiri terutama kepada golongan tua. Tanah lapang ini boleh dijadikan sebagai 1 tempat di mana orang awam boleh bersenam, membaca dan banyak lagi. BM kekurangan tempat seperti kesenian, permainan, pameran atau tempat yang kondusif(sesuai/baik) kepada masyarakat. Saya percaya dengan adanya 1 infrastruktur yang baik boleh menjadikan BM kembali menyerlah dan melangkah ke Penang 2030.

Perpustakaan Digital

Perpustakaan Digital fasa 1 dibina pada 2016 dan mendapat sambutan yang baik iaitu sebanyak 5579 akses penggunaan. Pada 2019, perpustakaan digital fasa 2 telah dibina dengan anggaran 188 ribu orang. Jika dilihat sekarang terdapat 4 buah perpustakaan digital yang dibina di mana 3 buah di sebelah pulau dan 1 di seberang(butterworth). Penduduk di Seberang Perai sangat menantikan perpustakaan digital. Saya selalu ditanya mengenai cadangan untuk menubuhkan perpustakaan digital di BM. Tapi jawapan yang saya terima melalui soalan bertulis sidang dewan ini adalah tiada cadangan untuk menubuhkan perpustakaan digital memandangkan telah ada 1 di Butterworth. Saya meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dengan keputusan tersebut sebab jika dilihat dari populasi dan keluasan tanah, Seberang Perai lebih besar dari Pulau.

Menurut Buku Data Asas Sosio-Ekonomi Pulau Pinang pada 2016, populasi keseluruhan penduduk adalah 1725.8 juta di mana 791.8 juta di Pulau dan 933.9 juta di Seberang Perai. Bagi keluasan tanah pula, di bahagian Pulau adalah 292 km persegi dan Seberang perai adalah 740 km persegi. Jika di bahagian Pulau mempunyai 3 perpustakaan digital, sepatutnya Seberang Perai juga mempunyai jumlah yang sama atau lebih.

Saya pernah melawat ke salah satu perpustakaan digital dan saya dapati 90% pengguna adalah pelajar yang belajar di sana. Kekurangan ruang terbuka menjadikan perpustakaan digital ini sebagai spot yang popular. Di Seberang Perai cuma ada 1 perpustakaan digital iaitu di Butterworth. Jika orang awam yang tinggal di daerah lain perlu memandu lebih kurang 30minit dan 1 jam dihabiskan untuk pergi dan balik. Ibu bapa juga tidak mempunyai masa untuk menghantar anak-anak mereka. Perkara ini tidak memberikan manfaat buat pelajar-pelajar.

Saya mendapat tawaran daripada Persatuan Bekas Murid-murid Jit Sin untuk Kerajaan Negeri menggunakan Tingkat 1 dan 3 bangunan mereka dijadikan perpustakaan digital dengan keluasan 120 km persegi dan 300 km persegi dengan 50 kapasiti tempat letak kereta. Lokasi yang berhampiran dengan Pekan BM dan disekeliling oleh High School, SMK Jit Sin dan Convent BM yang mempunyai ramai pelajar. Ini merupakan tempat yang strategi. Persatuan dari Pelajar Jit Sin telah menawarkan perkara ini beberapa tahun yang lalu dan masih belum ada apa-apa keputusan.

Pada Julai dan Ogos ini mereka sekali lagi menghantar surat kepada Kerajaan Negeri. Perpustakaan digital ini bukan saja digunakan untuk mengakses buku tetapi juga sebagai tempat perbincangan. BM kekurangan ruang terbuka jadi mereka (pelajar) terpaksa menjadikan kafe atau kedai sebagai spot mereka. Jadi, Kerajaan Negeri perlu mempertimbangkan untuk menubuhkan lebih banyak perpustakaan digital di Seberang Perai dengan kepadatan populasi yang lebih tinggi berbanding Pulau.

Kembalikan Pulau Pinang ke Lembah Silicon

Pulau Pinang pernah digelar sebagai ‘Lembah Silikon Timur’ di mana industri elektrik dan elektronik yang mencecah 47 tahun sebelum hilang pengaruhnya kepada China. Perang Perdagangan antara Amerika dan China telah membuka peluang kepada Pulau Pinang untuk bangkit semula. Pulau Pinang adalah salah satu kawasan di Asia yang bersaing untuk rantaian bekalan yang mahukan lokasi baharu dan tarif lebih rendah.

Pelaburan langsung asing (FDI) ke Pulau Pinang mencatat RM8.5 bilion FDI pada suku tahun pertama 2019 iaitu ketika perang perdagangan. Industri yang mengeluarkan papan litar mendapat banyak manfaat. Sebagai contoh Kilang Hotayi Eletronic membuka kilang keduanya yang seluas 350,000 kaki persegi lebih besar berbanding kilang pertama pada tahun tersebut dan memulakan pembesaran kilang lagi pada tahun ini yang dijangka akan membawa 600 peluang perkerjaan yang bergaji tinggi.

Ini menunjukkan Negeri Pulau Pinang memerlukan lebih banyak tanah perinsdustrian bagi menyokong keperluan pelabur dalam era Industri Revolusi 4.0. Saya menyambut berita baik di mana PDC sedang membangunkan 2 taman industri baru secara berperingkat, iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur yang seluas 1500 ekar dan dijangka beroperasi bermula tahun 2023/2024.

Semasa kami menunggu Taman Industri baru dapat digunakan pada 2022/2023. Saya berharap kita masih ada tanah perindustrian yang dapat menarik pelabur terumatanya pelabur antarabangsa. Saya ingin menanya adakah Taman Perindustrian Batu Kawan buat masa sekarang masih terdapat lot tanah yang melebihi 5 ekar yang dapat dibekalkan kepada pelabur yang akan membawa impak besar kepada ekonomi negeri? Bagaimana PDC dapat memenuhi permintaan tanah oleh pelabur antarabangsa pada tahun 2022/2023 sebelum Taman Industri baru siap supaya tidak hilang daya saing kepada Taman Perindustrian negeri Jiran?

Ekopelancongan sebagai tarikan perlancongan Pulau Pinang Pulau Pinang selama ini adalah tarikan perlancongan kepada dunia tetapi sector perlancongan juga terjejas teruk akibat pandemic COVID-19. Buat masa sekarang perlancongan kita masih belum buka kepada pelancong antarabangsa, saya perpendapat bahawa kerajaan harus mencari peluang untuk membangunkan lebih tarikan perlancongan domestik. Antaranya EkoPerlancongan adalah satu produk yang berpontesi tinggi.

Saya difahamkan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah meluluskan tapak khas untuk membangunkan sebuah Pusat Ekopelancongan Seberang Perai Utara (SPU) dekat Pinang Tunggal, Kepala Batas. Pusat Eko Pelancongan SPU di sini untuk melihat sendiri potensi pelancongan yang ada di kawasan berkaitan.

Saya pernah melawat Pusat Ekopelancongan tersebut dan bersetuju dengan keputusan Negeri Pulau Pinang. Tarikan Ekopelancongan SPU bukan sahaja produk pertanian tempatan seperti melawat kebun-kebun buah-buahan dan sayur-sayuran, malah juga boleh menikmati alam sekitar semula jadi di tepi paddy field. Lokasi tersebut pasti dapat menarik perlancong dari negeri ini dan juga dari utara Malaysia.

Kerajaan Kedah baru-baru ini mengumumkan melarang perlancong menaiki bot masuk ke Pulau Songsong melalui Pulau Pinang dengan tuduhan perlancong yang masuk melalui bot dari Pulau Pinang hanya meninggalkan sampal dan tidak mambantu kepada ekonomi mereka. Saya amat terkejut dengan sekatan ini sebab semua kerajaan yang membangunkan sektor perlancongan cuba seupaya daya untuk menyenangkan perlancong masuk ke negeri sendiri.

Memandangkan Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS tidak menyambut baik perlancong dari Negeri Pulau Pinang, inilah masa yang keemasan kita mempelbagaikan produk perlancongan bagi perlancong terus tinggal di Pulau Pinang. Dengan ini kita juga tunjuk kepada warga Malaysia dan kepada dunia bahawa Pulau Pinang sebuah Negeri yang pentingkan kebebasan (Freedom) dan mesra, tidaklah menghalang perlancong sesuka hati seperti yang diumumkan oleh Negeri Kedah.

Saya menyambut baik dengan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM50 Juta bagi memulihkan sektor perlancongan pada tahun 2022. Saya bercadangkan supaya kerajaan negeri memberi lebih perhatian kepada ekoperlancongan seperti menaiktaraf jalan asses dan mengadakan shutter bus untuk membawa perlancong dari bahagian pulau ke tapak Ekopelancongan bagi mempelbagaikan produk perlancongan Post Covid-19 bagi Negeri Pulau Pinang.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menyediakan Belanjawan 2022, wabak covid 19 telah membawa perubahan kepada wajar dunia dan cabaran adalah besar di depan kita. Kembali kepada kehidupan biasa Post Covid-19 adalah satu cabaran besar bagi semua. Dengan bajet Kerajaan negeri yang perhatinkan rakyat, pasti kita akan memang.

Dengan ini, saya mohon menyokong.

Heng Lee Lee
ADUN Berapit
Ucapan Perbahasan oleh Heng Lee Lee dalam Perbelanjawaan Pulau Pinang 2022 pada hari Selasa, 30 November 2021