Adakah Suruhanjaya Sekuriti merujuk hasil siasatan berkaitan kes Tan Sri Azam Baki kepada Peguam Negara untuk pendapat beliau?

Adakah Suruhanjaya Sekuriti merujuk hasil siasatan berkaitan kes Tan Sri Azam Baki kepada Peguam Negara untuk pendapat beliau?

Walaupun seksyen 25(4) SICDA membuat peruntukkan berkenaan akaun sekuriti, sebarang pelanggaran peruntukan didalam Akta itu boleh juga membawa kepada tindakan yang boleh membawa penalti.

Kuasa untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding untuk kesalahan di negara ini terletak pada Peguam Negara.

Perkara ini diberikan di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi Peguam Negara selepas melihat hasil siasatan, untuk memberi pandangan dan/atau mengarahkan siasatan lanjut dilakukan mengenai
perkara itu.

Didalam satu kenyataan beberapa hari yang lepas, saya telahpun menimbulkan kebimbangan berkenaan SPRM yang juga sedang menyiasat beberapa individu didalam SC dan bertanya sama ada dalam keadaan sedemikian, sebarang siasatan dan hasil siasatan yang dibuat oleh SC adalah berpatutan atau tidak.

Peguam Negara tidak boleh berdiam diri dalam perkara ini. Beliau harus, sebagai Pendakwa Raya, menjelaskan perkara ini. Adakah dia mengkaji hasil siasatan yang dilakukan oleh SC itu dan membuat sebarang keputusan berkaitannya?

Jika dia tidak melakukannya, adakah SC mempunyai kuasa untuk “memutuskan” perkara itu seperti yang dilakukan tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu?

Gobind Singh Deo
Ahli Parlimen Puchong
Kenyataan media oleh Gobind Singh Deo di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 19 Januari 2022