Masalah di Filipina dan Sri Lanka perlu diperhatikan secara teliti oleh rakyat Malaysia sekiranya kita hendak menghayati pengajaran daripada kedua-dua negara ini untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke-100 negara

Telah dilaporkan yang polis telah memulakan siasatan ke atas satu ciapan mengenai ketenteraman awam di Sri Lanka yang diterbitkan di blog saya.

Saya telah pun menjelaskan yang saya tidak berniat untuk menghasut untuk membawa apa-apa kejadian yang menggugat ketenteraman awam di Malaysia, sebaliknya untuk memberikan amaran terhadap bahaya sekiranya kita membiarkan suasana politik dan sosio-ekonomi dalam negara untuk terus merosot seperti apa yang telah berlaku di Sri Lanka dalam setengah abad yang lepas sehingga negara tersebut menjadi sebuah negara gagal.

Saya telah tanyakan persoalan sama ada rumah-rumah Perdana Menteri dan Menteri-menteri di Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas dan terus memberikan jawapan kepada persoalan ini:

“Perkara ini tidak akan berlaku hari ini, bulan ini, atau tahun ini, tetapi mungkinkah ia berlaku sebelum negara kita mencatatkan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2057 atau 2063?

“Adakah kita sedang mengikuti jejak langkah Sri Lanka, yang pada suatu masa dahulu dikenali sebagai “permata” yang berpotensi tinggi membangun di Asia Selatan?”

Saya telah jangka yang ahli politik yang terdesak dan juga oportunis akan mengambil kesempatan ini, melalui pakar propaganda dan tentera siber mereka, untuk memusing dan memutarbelitkan makna dan tujuan asal kenyataan saya sebagai kononnya satu hasutan, apa yang tidak jangka adalah untuk seorang bekas Perdana Menteri sendiri untuk berbuat demikian.

Untuk setengah abad yang lepas, dari tahun 1970 sehingga 2020, sama ada dari segi pertumbuhan KDNK atau KDNK per kapita, Malaysia telah ditinggalkan di belakang Korea Selatan, Singapura, Indonesia, dan China, tetapi Sri Lanka mencatatkan prestasi yang lebih buruk.

Terdapat cubaan di media sosial untuk menggambarkan zaman pemerintahan Perdana Menteri keenam dari tahun 2009 sehingga 2018 sebagai “zaman keemasan pembangunan dan kemajuan”, tetapi semasa tempoh sembilan tahun ini, ekonomi Sri Lanka berkembang lebih pantas berbanding dengan Malaysia, baik dari segi KDNK atau KDNK per kapita.

Malah dalam tempoh sembilan tahun ini, Malaysia adalah ekonomi yang paling rendah kadar pertumbuhannya di ASEA, sama ada dari segi angka KDNK atau KDNK per kapita, kalah di belakang Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, dan Laos.

Masalah di Filipina dan Sri Lanka perlu diperhatikan secara teliti oleh rakyat Malaysia sekiranya kita hendak menghayati pengajaran daripada kedua-dua negara ini untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia menjelang ulang tahun ke-100 negara.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 21 Mei 2022