1. Pencadang: Cawangan Simee Baru; Penyokong: Cawangan Jalan Chung On Siew

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli yang menggunakan media, atau secara terbuka, mencemarkan nama baik serta imej parti dan pemimpin-pemimpinnya demi kepentingan agenda politik sendiri.

2. Pencadang: Cawangan Segambut 2002; Penyokong: Cawangan Kelang Pasar Besar

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya menubuhkan sebuah badan ‘think tank’ rasmi parti, yang terdiri daripada ahli akademik daripada pelbagai komuniti yang bebas dan tidak bersekutu untuk menyumbangkan pendapat pakar mereka untuk tujuan siasah parti.

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya membuat pengumuman serta perisytiharan awam yang mudah difahami serta menarik dan menekankan siasah parti, khasnya yang melibatkan ekonomi negara, dalam soal urus-tadbir negara apabila DAP menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan kelak di masa hadapan.

3. Pencadang: Cawangan Bandar Sungai Long; Penyokong: Cawangan Serdang Aman

MENDESAK Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan diRaja dengan segera untuk menyiasat kematian Sdr Teoh Beng Hock yang penuh misteri. dan memastikan bahawa keadilan akan ditegakkan.

4. Pencadang: Cawangan Mulan; Penyokong: Cawangan Jalan Tembikai

a. Gender

MENYERU Jawatankuasa Tertinggi Pusat supaya menegakkan prisip “tiada kesamarataan sosial tanpa kesamarataan gender” dengan menerapkan rukun serta wadah CEDAW ke dalam polisi, organisasi dan operasi parti – termasuk pembentukan sebuah jawatankuasa khas untuk Mengintegrasikan CEDAW yang akan melapor terus ke Jawatankuasa Tertinggi Pusat untuk tindakan lanjut.

b. Pendidikan

MENDESAK Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya menegakkan Falsafah Pendidikan Nasional dan Dasar Pendidikan Nasional, khususnya dengan penekanan untuk menggaris sebuah “sistem pendidikan yang benar-benar menepati kehendak rakyat, dan menggalakkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik”.

TERUS MENDESAK Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya secara serentak memperkukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara dan pada masa yang sama tidak meminggirkan atau menafikan hak semua rakyat untuk mempelajari, mengajar dan membangunkan bahasa ibunda atau loghat masing-masing.

MENDESAK Kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya menyediakan peruntukan kewangan yang adil berdasarkan keperluan saksama bagi semua sekolah, tanpa mengira jenis, untuk memupuk sistem pendidikan yang bermutu tinggi.

5. Pencadang: Cawangan Taman Paramount; Penyokong: Cawangan Damansara

MENDESAK Kerajaan Pusat supaya meminda Akta Kerajaan Tempatan untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan.

6. Pencadang: Cawangan Brunei Pudu; Penyokong: Cawangan Bukit Bintang Baru

a. MENDESAK Kerajaan Persekutuan supaya meminda undang-undang yang berkaitan untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan.

b. MENYERU Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya memberikan penekanan serius untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan menerusi kuasa kerajaan negeri, memulakan pilihanraya kerajan tempatan diikuti dengan perlantikan sewajarnya.

c. MENDESAK supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletak jawatan kerana ketidakcekapan dan kekurangan akauntabiliti, serta sikap beliau yang jelas tidak menghormati prinsip integriti dan keadilan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, sepertimana yang jelas dibuktikan dalam berikut:

i) Kadar jenayah negara yang sangat membimbangkan

ii) Tahap keyakinan yang sangat rendah di kalangan rakyat umum terhadap kebolehen institusi polis dalam menangani jenayah yang makin berleluasa

iii) Sikap polis yang jelas obsesi untuk menekan demokrasi, hak rakyat serta parti-parti pembangkang

iv) Kes-kes kematian dalam tahanan polis yang berterusan seperti dalam kes Kugan dll

v) Laporan serius yang melibatkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan polis

d. MENDESAK Kerajaan Persekutuan supaya mengambil tindakan tegas untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman, termasuk;

i) Menggantikan Ketua Hakim sekarang dengan seseorang yang tidak mempunyai latar belakang politik

ii) Menggantikan Peguam Negara sekarang yang sangat jelas tidak adil dan tidak bebas dalam menjalankan tugas beliau

iii) Membuka semula kes Lingam dan memulakan sebuah siasaan yang adil, telus dan terbuka

iv) Membuat pembaharuan dalam sistem kenaikan pangkat hakim yang berdasarkan ciri-ciri kelayakan, senioriti dan kebolehan masing-masing.

e. MENGUNTUK dan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya bertaubat dan mengembalikan keadilan terhadap tindak tanduk biadab mereka dalam negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, termasuk;

i) Perampasan kuasa di Perak yang mengakibatkan krisis perlembagaan yang dahsyat serta menafikan hak rakyat Perak untuk memilih kerajaan negeri mereka sendiri;

ii) Menyalahgunakan polis dan unit-unit perlaksanaan kuasa yang lain untuk membuat kacau dalam urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor, mengakibatkan kematian misteri pembantu politik kerajaan, saudara TBH;

iii) Memprovokasi ahli-ahli parti mereka untuk mencetuskan perasaan benci sesama kaum sepertimana yang berlaku dalam insiden kepala lembu di Shah Alam.

f. MENOLAK slogan kerajaan Najib “1 Malaysia” yang kosong dan kontang yang menggalakkan perampasan kuasa di Perak, mencetuskan kebencian sesama agama dalam kes kepala lembu di Shah Alam, campurtangan kerajaan dalam kehakiman, menggalakkan rasuah seperti yang terserlah dalam skandal PKFZ, kematian dalam tahanan yang penuh misteri dan belum diperjelaskan seperti kes-kes Saudara Teoh Beng Hock dan Kugan,

Muat Turun Resolusi Cawangan