Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Lim Kit Siang telah menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia.

Lim Kit Siang bermula dalam DAP sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari tahun 1966-1969. Beliau kemudian menjadi Setiausaha Agung Parti dari pada 1969 dan seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan dari 1999-2004.

Lim Kit Siang pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999. Beliau berfungsi sebagai agen semak dan imbang kepada kerajaan serta mendedahkan banyak skandal.

Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya kerana kelantangannya menjadi suara bagi pihak rakyat Malaysia. Tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya berikutan kedua-dua penahanan tersebut. Beliau malah diiktiraf sebagai prisoner of conscience oleh Amnesty International atas usaha murni yang dilakukannya untuk rakyat Malaysia.

Selepas lebih 50 tahun berjuang, Lim Kit Siang dan DAP, bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan berjaya menewaskan gabungan parti pemerintah dan mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada 9 Mei 2018. Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan tumbang 22 bulan kemudian

Lim Kit Siang kini adalah anggota backbencher dalam Parlimen Malaysia.

Rekod Pilihan Raya

Ketua Pembangkang Parlimen: 1974-1999, 2004-2008.

Ahli Parlimen:

Bandar Melaka (1969 – 1974);
Kota Melaka (1974 – 1978);
Petaling Jaya (1978 -1982);
Kota Melaka (1982 – 1986);
Tanjong (1986 – 1999);
Ipoh Timur (2004-2013);
Gelang Patah (2013-2018);
Iskandar Puteri (sejak Mei 2018).

Ahli Dewan Undangan Negeri:

Kubu, Melaka (1974 – 1982);
Kampong Kolam, Penang (1986 – 1990); dan
Padang Kota, Penang (1990 -1995)

Pengalaman Politik

1969 – Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 18 bulan.
1979 – Didakwa dengan lima pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan perjanjian senjata api yang tidak telus antara kerajaan dan syarikat Switzerland.
1987 – Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 17 bulan (Operasi Lalang).

Parti

1966 – 1969 Setiausaha Organisasi Kebangsaan; Editor The Rocket.
1969 – 1999 Setiausaha Agung.
1999 – 2004 Pengerusi Kebangsaan National Chairman.
2004 – 2022 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat.

Lim Kit Siang telah menerbitkan sebanyak 36 naskhah buku sejak 1978.