Tuan Lim Guan Eng adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia. Beliau mula berkhidmat pada 21 Mei 2018 selepas gabungan Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia pada 9 Mei 2018.

Dilahirkan pada Disember 1960, Tuan Lim merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Monash University, Australia dan seorang akauntan bertauliah. Beliau mengahwini Puan Betty Chew Gek Cheng, yang merupakan peguam terlatih dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri. Mereka dikurniakan empat cahaya mata. Beliau memegang jawatan eksekutif kanan dalam industri perbankan sebelum menyertai politik. Tuan Lim dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka untuk tiga penggal berturut-turut dari 1986 hingga 1998.

Jawatan Politik

Pada 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi Sosialis Muda Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan sekali lagi dilantik untuk memegang jawatan yang sama pada 1992. Beliau menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP pada 1995 dan dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004. Tuan Lim dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004, 2008 dan 2017, jawatan yang dipegangnya sehingga ke hari ini.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, beliau menerajui tampuk tertinggi kepimpinan Negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri Ke-4, dan disusuli dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013 yang menyaksikan beliau mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua.

Menerajui Pulau Pinang

Semasa beliau menjadi Ketua Menteri Ke-4 Pulau Pinang dari Mac 2008 hingga Mei 2018, Tuan Lim meletakkan prinsip kepimpinan bersih dan tadbir urus yang baik sebagai teras pentadbiran beliau. Berdasarkan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan dan Ketelusan (CAT), Pulau Pinang telah berjaya memulihkan kemerosotan yang dialaminya secara beransur-ansur dan menjadi negeri terkemuka di Malaysia.

Di bawah kepimpinan Tuan Lim, yang bukan sahaja melakukan perkara dengan betul tetapi juga melakukan perkara yang betul, kisah kejayaan Pulau Pinang berkembang secara menyeluruh. Daripada perspektif ekonomi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi penekanan prinsip CAT, telah mampu mencapai lebihan bajet setiap tahun sejak 2008, mengurangkan hutang negeri sebanyak 95% dan meningkatkan aset negeri sebanyak lebih daripada 100%. Dengan keadaan perindustrian Malaysia bernilai lebih daripada 95% dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan, Pulau Pinang merekodkan FDI tertinggi walaupun tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Pulau Pinang juga menjadi negeri nombor satu di Malaysia dalam menarik pelaburan dan FDI pada 2010 dan 2011 serta menjadi negeri pertama dalam sejarah Malaysia yang berjaya membasmi kemiskinan pada 2013. Dalam usaha untuk menjadi negeri hijau pertama di Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah Kerajaan Negeri pertama di Malaysia yang melancarkan inisiatif hijau seperti kempen ‘no free plastic bags’ di pasar raya dan mengharamkan bekas polistirena.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat berbangga dengan pemilihan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Berlatarkan kekayaan sejarah di Pulau Pinang, negeri ini kini menjadi tumpuan utama bagi tenaga kreatif dan bakat artistik. Negeri ini menjadi modal budaya yang dinamik dengan kemajuan progresif dalam bidang seni, warisan dan muzik.

Akar sejarah Pulau Pinang mungkin berasal dari zaman penjajah, namun hari ini, negeri ini mampu menghidupkan kemodenan dalam setiap aspek kehidupan. Gabungan pembangunan mampan, landskap seni dan budaya yang bertenaga, warisan yang bernilai, persekitaran yang bersih dan gaya hidup yang sihat memberikan Pulau Pinang semangat yang baharu untuk menjadi bandaraya yang menjadi pilihan orang ramai untuk dihuni. Pulau Pinang amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan bersedia untuk mencipta kejayaan pada masa depan dengan melakukan pelaburan dalam modal manusia, terutamanya dalam memperbaiki kedudukan fiskal hutang RM1 trilion yang disebabkan oleh skandal 1MDB dan membebaskan Malaysia daripada rasuah dan imej Malaysia sebagai kleptokrasi global.

Bergerak ke Putrajaya

Ketika jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada Mei 2018, Tuan Lim telah menggunakan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam tadbir urus dan pengurusan ekonomi di peringkat Persekutuan di Putrajaya.