Skip to content

Pengundi-pengundi perlu berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers pro-UMNO/BN yang memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat

Pengundi-pengundi perlu berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers pro-UMNO/BN yang memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat. Ini adaalah kerana kempen rasmi pilihanraya umum ke-13 sudah pun bermula. DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat telah memulakan kempen secara bersih, adil dan telus. Ini adalah prinsip bersama kami ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas dari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Saya sedar ada kempen-kempen kotor yang terus dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya oleh cybertroopers pro-UMNO/BN, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan. Ini adalah kempen yang tidak sihat dan bersifat hasutan.

Namun, walaupun golongan ini terus memfitnah dan menyebarkan berita palsu, saya bersama DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan putus asa untuk terus berkempen dengan cara yang baik dan terhormat sebagaimana yang kami telah lakukan sejak beberapa dekad yang lalu.

Saya harap rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan, sama ada yang disebarkan melalui internet atau melalui ceramah. Fitnah amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.

DAP telah difitnah sebagai perti perkauman, parti cauvinis, parti anti-Islam dan sebagainya. Semua ini tidak benar dan bohong belaka. DAP adalah parti politik yang sah yang menghormati Perlembagaan Persekutuan. DAP menolak segala bentuk politik perkauman dan diskriminasi kaum, agama dan gender.

DAP telah lama berjuang untuk memastikan kita semua hidup harmoni, aman damai sebagai rakyat Malaysia yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, dan tidak perlu rasa was-was. Inilah prinsip kami yang mengutamakan rakyat Malaysia.

Dengan itu, saya yakin rakyat Malaysia, terutamanya pengundi-pengundi tidak mudah menerima bulat-bulat fitnah dari cybertroopers UMNO/BN atau golongan yang membenci kaum lain, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada 5 Mei ini.