Skip to content

10 ADUN UMNO diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014

10 Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang UMNO Di Pulau Pinang diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM 40,000 setahun mulai 2014. Keputusan ini dibincangkan dalam mesyuarat EXCO negeri pada 18.9.2013 dan telahpun diluluskan secara prinsip. Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini.

Selepas kemenangan PR dengan tambahan undi popular sebanyak 10% ke 68% dalam Pilihanraya Umum 13(PRU13) pada bulan Mei ini, ada 30 ADUN PR dan 10 ADUN UMNO. Sebelum ini Kerajaan negeri telah cuba menjemput ADUN-ADUN UMNO untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada buat kerja sambil menerima peruntukan. Akan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh ADUN UMNO kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Kerajaan negeri mahu ADUN UMNO menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang bahawa ADUN UMNO tidak akan ikut “standard operating procedure” yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan. Keengganan ADUN UMNO bekerjasama dengan kerajaan PR seperti dapat kuasa peruntukan tanpa perlu bertanggungjawab langsung.

Ini adalah selari dengan sikap konfrontasi yang diamalkan oleh BN dan UMNO terhadap PR sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaung-laungkan semangat pendamaian nasional(national reconciliation). Janji pendamaian nasional atau national reconciliation memang janji kosong bila BN mengambil sikap terbuka berdiskriminasi di antara penyokong PR dan BN serta secara terus-terang memusuhi rakyat Malaysia, khususnya kaum bukan Melayu, kerana mempersalahkan mereka tidak sokong BN dalam PRU13.

BN harus dikecam kerana tidak menghormati suara rakyat bila BN adalah kerajaan minoriti kerana hanya memperolehi undi popular sebanyak 47% berbanding dengan 51% yang diperolehi oleh PR dalam PRU13. Dasar permusuhan ke atas penyokong PR dan kaum bukan Melayu dengan kenyataan pemimpin UMNO bahawa tidak perlu rasa bersalah kerana mencadangkan dasar diskriminasi kaum menunjukkan prinsip1Malaysia Perdana Menteri sudah mati.

PR mengamalkan sikap terbuka yang menghormati prinsip dan semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa berdiskriminasi di antara penyokong BN dan PR. Bantuan kerajaan negeri PR diberikan kepada semua berdasarkan keperluan.

Oleh itu sebagai perbezaan dengan konfrontasi kebangsaan yang diamalkan oleh BN, PR menerima pakai dasar pendamaian nasional(national reconciliation) maka EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan untuk membenarkan RM40,000 pembangunan projek kecil setahun kepada 10 ADUN pembangkang UMNO di Pulau Pinang mulai 2014 mengikut mekanisma ketat yang ditetapkan.