Adakah King Sing bercakap bagi pihak Menteri Kesihatan apabila beliau menyerang KP Kesihatan di Parlimen?

Saya tertarik dengan tindakan yang bertentangan dengan kehormatan Parlimen Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang menyerang Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di Parlimen hari ini.

Tiong telah menuduh yang Dr Noor Hisham sebagai “takut mati” kerana tidak berada di Sabah untuk mengikuti perkembangan terkini wabak Covid-19.

Adakah Tiong telah membuktikan yang “beliau tidak takut mati” apabila beliau telah pergi ke Sabah daripada Bintulu semasa Pilihan Raya Negeri Sabah?

Kenyataan Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer tepat. Tiong patut memohon maaf atas serangan tidak berasas beliau terhadap Ketua Pengarah Kesihatan.

Malah, saya ingin menanyakan Tiong, sama ada beliau bercakap bagi pihak Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, apabila beliau menyerang KP Kesihatan di Parlimen.

Mengapakah Tiong tidak mengarahkan kemarahan beliau kepada Menteri Kesihatan, yang telah membuktikan reputasinya sebagai seorang Menteri Kesihatan yang halimunan selepas beberapa siri kesilapan “air suam”, “500 negara”, dan “15 negeri” beliau?

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Komen media oleh Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu, 11 November 2020