http://dapmalaysia.org 

Freelance
 

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Khamis, 11 Dicember 2008: 

Peruntukan pembangunan Persekutuan di Negeri Pulau Pinang tidak sepadan dengan cukai yang dibayar oleh rakyat Pulau Pinang  

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menegaskan bahawa peruntukan pembangunan Persekutuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Pulau Pinang seharusnya setara dengan cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini.

Menjawab kepada soalan lisan Lim yang juga Ahli Parlimen kawasan Bagan di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Dato’ Mohd Johari Bin Baharum menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan Persekutuan yang telah disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga tahun 2008 adalah sebanyak RM8.965 bilion.

Lim menekankan bahawa jika dibandingkan peruntukan Kerajaan Persekutuan tersebut dengan cukai yang dibayar oleh rakyat Pulau Pinang dari tahun 2001 hingga 2007 seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab soalan lisan Lim di Dewan Rakyat, rakyat negeri ini telah membayar cukai sebanyak RM15.619 bilion – lebih kurang dua kali ganda daripada jumlah peruntukan yang disalurkan.

Datuk Mohd Johari turut memaklumkan Lim bahawa daripada jumlah keseluruhan RM8.965 bilion, pecahan peruntukan pembangunan Persekutuan yang telah disalurkan kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2000 hingga tahun 2008 secara adalah seperti berikut:-
 

 

TAHUN

 

JUMLAH PERUNTUKAN

 (RM JUTA)

2000

604

2001

744

2002

930

2003

849

2004

779

2005

797

2006

1, 584

2007

1, 222

2008

1, 456

Dalam pada itu, Lim juga difahamkan oleh Datuk Mohd Johari bahawa di bawah RMK-8 sejumlah 593 projek di Negeri Pulau Pinang telah siap sepenuhnya manakala 203 projek projek disambung ke RMK-9. Datuk Mohd Johari menambah lagi, bagi peruntukan di bawah RMK-9 pula, 827 projek sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanan dan 203 projek telah siap sepenuhnya.

Namun begitu, menurut Lim, Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa untuk terus mendesak agar Kerajaan Persekutuan menambah lagi peruntukan pembangunan Persekutuan yang sedia disalurkan ke negeri ini. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri berpendapat bahawa peruntukan tersebut seharusnya menyamai atau sepadan dengan sumbangan cukai yang diberikan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang.

Menurut jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib ketika menjawab soalan lisan Lim di Dewan Rakyat, pecahan kutipan cukai mengikut kategori yang dikutip di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2001 adalah seperti berikut:-

 

 

KUTIPAN CUKAI MENGIKUT KATEGORI

TAHUN

SYARIKAT

(RM JUTA)

INDIVIDU

(RM JUTA)

LAIN-LAIN

(RM JUTA)

JUMLAH

(RM JUTA)

2001

1, 033.72

675.66

278.48

1, 987.86

2002

1, 289.29

461.41

408.39

2, 159.09

2003

1, 123.18

599.43

276.67

1, 999.28

2004

1, 056.20

632.77

355.45

2, 044.42

2005

1, 222.17

737.38

275.93

2, 235.48

2006

1, 320.76

815.93

310.21

2, 446.90

2007

1, 540.41

940.78

265.25

2, 746.44

JUMLAH

(2001 – 2007)

 

8, 585.73

 

4, 863.36

 

2, 170.38

 

15, 619.47

         

 

Selain itu, Datuk Seri Najib turut memaklumkan Lim bahawa bilangan pembayar cukai di Negeri Pulau Pinang dari tahun 2001 pula adalah seperti pecahan berikut:- 

 

TAHUN

SYARIKAT

INDIVIDU

LAIN-LAIN

2001

27, 077

365, 176

13, 410

2002

29, 793

393, 344

15, 871

2003

31, 545

423, 169

17, 570

2004

33, 451

429, 130

17, 534

2005

35, 186

422, 852

18, 054

2006

36, 841

437, 290

18, 732

2007

38, 286

467, 187

21, 304

JUMLAH

(2001-2007)

 

232, 179

 

2, 938, 148

 

122, 475

 

Menurut Datuk Seri Najib lagi, jumlah pemberian dalam bentuk geran kepada Negeri Pulau Pinang dari tahun 2001 hingga tahun 2007 adalah seperti berikut:- 

 

 

TAHUN

 

GERAN (RM JUTA)

 

2001

73.65

2002

95.57

2003

93.43

2004

TIDAK DINYATAKAN

2005

88.80

2006

96.87

2007

126.87

  

Walau bagaimanapun, Lim difahamkan oleh Datuk Seri Najib bahawa jumlah pemberian dalam bentuk geran ini tidak termasuk dengan jumlah peruntukan tahunan melalui kementerian dan agensi Persekutuan yang lain.


* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang