Ucapan Penggulungan
(1) oleh
Y.A.B Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan
Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008:
Amanah tsunami politik pilihanraya besar 2008 Pakatan Rakyat - sebuah
kerajaan CAT, berjiwa rakyat dan bersih yang lebih berdaya maju dalam
mengecapi kemakmuran dan adil dalam berkongskikan kemakmuran ini
Yang
Berhormat Tuan Speaker,
Ahli-ahli
Yang Berhormat,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan
ke atas ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang.
Secara umumnya, pelbagai aspek telah disentuh oleh ahli-ahli Yang
Berhormat yang melibatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat Pulau Pinang.
Isu-isu yang melibatkan portfolio ahli-ahli EXCO akan dijawab terus oleh
YB yang berkenaan. Manakala, saya pohon untuk membahaskan ucapan
penggulungan selaku Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah dan
Pembangunan Tanah.
Tsunami politik yang melandai negeri Pulau Pinang pada pilihanraya besar
8 Mac 2008 telah membawa kemenangan bersejarah kepada Pakatan Rakyat
yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS. Tsunami politik ini mencerminkan
hasrat rakyat untuk memberhentikan amalan rasuah, menghapuskan
penyalahgunaan kuasa, menidakkan penyelewengan dan menolak sama sekali
favoritisma, kronisma, nepotisma dan serta membersihkan sistem politik
dengan kebebasan, keadilan dan kebenaran.
Maka bangunlah rakyat Pulau Pinang dengan mengguna pakai hak demokrasi
dengan mencetuskan politik tsunami yang berjaya menghalau BN dari tampuk
kerajaan negeri dengan undi popular untuk PR sebanyak 59% berbanding
dengan hanya 13% dalam pilihanraya besar 2004 dan 63% di peringkat
Parlimen berbanding dengan 43% dalam 2004. Dalam bilangan kerusi, ia
lebih menakjubkan sebalik usaha PR untuk menafikan majoriti 2/3 BN telah
membolehkan PR membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3.
Dengan kemenangan 29 kerusi daripada 2 kerusi sebelum ini, kerajaan baru
lihat bukanlah sebagai kemenangan peribadi ataupun kejayaan parti tetapi
adalah kemenangan, kejayaan dan kemahuan seluruh rakyat Pulau Pinang
untuk perubahan. Kami dalam kerajaan PR lihatkan tsunami politik ini
sebagai satu amanah untuk menubuhkan sebuah kerajaan CAT, berjiwa rakyat
dan bersih yang lebih berdaya maju dalam mengecapi kemakmuran dan jauh
lebih adil dalam berkongskikan kemakmuran ini
Visi dan Misi
Pendekata, visi atau wawasan kerajaan negeri adalah untuk menjadikan
Pulau Pinang sebagai satu bandaraya dan negeri bertaraf antarabangsa
pilihan utama para pelabur dan pelancong serta suasana hidup untuk
rakyat tempatan selaras dengan pembangunan mapan yang dapat menangani
masalah 3C Crime(Jenayah), traffic Congestion(Kesesakan lalulintas) dan
Cleanliness(Kebersihan).
Misi untuk mencapai hasrat ini adalah serampang dua mata. Pertama
melaksanakan urustadbir CAT – keCEKAPan(Competency), Akauntabiliti dan
keTELUSan(Transparency) di mana yang layak dan baik akan dipilih untuk
berkhidmat kepada kerajaan tanpa kira kaum, agama, jantina mahupun
fahaman politik.
Kedua ialah memupuk nilai utama kepercayaan kepada kerajaan sebagai
sebuah institusi yang membantu dan bukan membantut pembangunan jasmani
dan rohani rakyat, memberkan nafas dan harapan baru kepada rakyat
khususnya golongan muda bahawa mereka menikmati peluang samarata untuk
mengecapi kejayaan dan mutu kehidupan yang berkualiti dan menanam sikap
penyayang untuk menjaga dan membela nasib yang daif, miskin dan kurang
bernasib baik.
Adalah tidak bermaknanya memiliki kekayaan sekiranya tidak didokong oleh
konsep rahmah, ihsan ‘adl, and hikmah (compassion, benevolence, justice
and wisdom). Sehubungan dengan ini, kerajaan negeri bertekad melakukan
apa yang kerajaan BN gagal laksanakan dalam masa 50 tahun ia memerintah,
iaitu menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang pada tahun 2008.
Penyenaraian Georgetown sebagai Bandaraya Warisan Dunia
Penyenaraian
Georgetown sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada awal bulan Julai
baru-baru ini meletakkan Negeri Pulau Pinang dalam peta pelancongan
Warisan Dunia. Keputusan ini pasti akan menjadi salah satu pemangkin
utama yang akan melonjakkan sektor pelancongan di Pulau Pinang. Justeru
dengan penyenaraian ini, saya pasti akan menarik lebih ramai pelancong
asing ke Pulau Pinang bagi melihat sendiri kekayaan warisan budaya
negeri ini. Dalam usaha ini, saya telah berjumpa YAB Perdana Menteri dan
memohon (dengan izin) seed money sebanyak RM13 juta. Adalah menjadi
harapan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama mengekalkan Pulau
Pinang sebagai Bandaraya Warisan. Untuk ini Kerajaan Negeri akan memohon
peruntukan dalam bentuk pinjaman mudah sebanyak RM200 juta.
Dengan
penyenaraian bandar Georgetown sebagai tapak warisan, ianya akan dapat
menjadi wadah perpaduan rakyat yang pelbagai kaum dan agama di Pulau
Pinang. Di samping itu Kerajaan Negeri juga akan berusaha untuk
menambahbaik ciri-ciri warisan supaya Pulau Pinang terus kekal di dalam
Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Melihat
sambutan orangramai ke atas Perayaan Georgetown sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO memberikan nafas dan makna baru bahawa pemeliharaan dan
pemugaran warisan boleh meletakkan Pulau Pinang ke atas pentas dunia dan
pengiktirafan sebagai pusat antarabangsa di mana harmoni kaum dan agama
boleh menjadi contoh kepada masyarakat berbilang bangsa. Kesediaan baru
orang Islam melawat tempat beribadat bukan Islam dan orang bukan Islam
lawat tempat beribadat Islam akan menjalinkan hubungan silaturahim yang
lebih erat di antara kaum dan agama dan menjurus kepada perpaduan bangsa
Malaysia.
Mengenai
cadangan YB Tanjung Bungah menyenaraikan Kampung Tanjung Tokong sebagai
Tapak Warisan Kampung Melayu, kerajaan amat simpati tetapi kerana tanah
adalah milikan UDA maka perbincangan mesti diadakan dengan tuan tanah.
Walaubagaimanapun, kerajaan negeri akan melakukan sebarang tindakan
dengan mendapat pandangan rakyat tempatan dan berdasarkan kepentingan
terbaik orang Melayu.
Kemiskinan Tegar Sifar 2008
Secara
keseluruhannya sehingga akhir bulan Mac 2008, terdapat sejumlah 534
Ketua Isi Rumah (KIR) di Pulau Pinang. Dari jumlah tersebut, 167 KIR
merupakan miskin dan 367 KIR merupakan miskin tegar. Kerajaan Negeri
mensasarkan Kemiskinan Tegar Sifar pada akhir tahun 2008. Kerajaan
Negeri akan berusaha memastikan kesemua 367 KIR miskin tegar dikeluarkan
daripada kepompong kemiskinan tegar.
*
Lim Guan Eng, Ketua Menteri
Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP