Ucapan Penggulungan 
		(2) 
		oleh Y.A.B. Lim Guan Eng dalam Persidangan Dewan 
		Undangan Negeri pada hari Isnin, 28 Julai 2008: 
        
		Polisi Kerajaan Negeri   
        Sejak 
		Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Negeri Pulau Pinang sehingga Jun, 
		sebanyak 15 mesyuarat MMK telah diadakan. Selain daripada kertas-kertas 
		tanah, banyak dasar dan keputusan penting telah diluluskan bagi 
		pembangunan negeri dan demi kepentingan rakyat. Dengan hanya memilih 
		antara 30 daripada dasar-dasar yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
		
			i. 
			Memperkenalkan urustadbir CAT pertama di Malaysia;
			
			ii. Pembatalan Saman atas Penjaja kecil dan saman kesalahan letak 
			kereta;
			
			iii. Sebut Harga Tender Terbuka menerusi internet dengan pelancaran 
			e-perolehan;
			
			iv. Kenaikan Elaun Guru Kafa sebanyak RM50 sebulan;
			
			v. Kajian Semula Prosedur Pentadbiran Tanah/Penyiasatan 
			Penyelewengan Tanah;
			
			vi. Pembatalan Pembelian 4 buah Kereta Rasmi Baru sebanyak 
			RM500,00.00;
			
			vii. Melantik ahli NGO dan juga seorang OKU pertama sebagai ahli 
			Majlis Kerajaan Tempatan;
			
			viii. Pembinaan Struktur Telekomunikasi Memerlukan Kelulusan 
			Kebenaran Perancangan dan Kelulusan Pelan Bangunan;
			
			ix. Pelaksanaan Sistem e-Perolehan yang membolehkan tender terbuka 
			menerusi internet dan tempoh bantahan;
			
			x. Usaha menarik pelaburan asing dengan menubuhkan Petugas Khas yang 
			diketuai oleh YAB Ketua Menteri untuk setiap pelaburan yang melebihi 
			RM 1 bilion;
			
			xi. Menarik pelaburan asing yang ingin memilih destinasi lain 
			seperti Ibiden RM1.2 bilion) dan Honeywell (RM115 juta);
			
			xii. Menarik sektor IT menambah dan memilih Pulau Pinang sebagai 
			satu pusat serantau seperti AXON (yang menyediakan sistem 
			penyelesaian perniagaan SAP, Syarikat Jerman terbesar di dunia) 
			melabur RM100 juta yang boleh mewujudkan 250 peluang pekerjaan dalam 
			masa 3 tahun;
			
			xiii. Membatalkan pembelian notebook dan pencetak untuk ADUN 
			sebanyak RM300,00.00;
			
			xiv. Memberikan wang ehsan RM 100 kepada lebih 100,000 buah keluarga 
			miskin;
			
			xv. Mengecualikan semua sekolah yang didaftarkan dengan Kementerian 
			Pelajaran dan bukan berasaskan keuntungan daripada membayar cukai 
			tanah dengan membayar nominal fee RM1.00;
			
			xvi. Penubuhan Jawatankuasa bersama ahli-ahli profesyenal dari 5 
			pertubuhan pakar dan profesional bagi memperbaiki dan mempermudahkan 
			prosedur dan proses urusan tanah;
			
			xvii. Membenarkan warga media menggunakan pas media sebagai pas 
			keselamatan dalam KOMTAR;
			
			xviii. Sumbangan RM200 dan RM300 bagi Pelajar-Pelajar Cemerlang SPM 
			dan STPM (Straight ‘As’);
			
			xix. Pemberian Bantuan Beras percuma kepada penerima bantuan 
			kebajikan;
			
			xx. Penubuhan Pemantau Pengguna (Consumer Watch) untuk mengawal 
			kenaikan harga;
			
			xxi. Penubuhan Jawatankuasa Kebebasan Maklumat (CAT) – ke arah 
			kebebasan akhbar dalam suasana pengetahuan tanpa kekurangan dan 
			kekangan;
			
			xxii. Siaran Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Melalui 
			Internet. Web TV;
			
			xxiii. Cadangan Penukaran Haklimik daripada Pajakan kepada Pegangan 
			Bebas/99 tahun untuk tanah industri/ kommersial dan hakmilik kekal 
			untuk kediaman demi memulangkan tanah kerajaan kepada rakyat;
			
			xxiv. Menganjurkan Hari Sambutan Georgetown disenaraikan sebagai 
			Tapak Warisan Unesco yang ditaja penuh oleh pihak swasta tanpa 
			perbelanjaan wang awam dan juga Pesta Bon-Odori yang paling berjaya 
			dalam sejarah dengan 50,000 pelawat; dan
			
			xxv. Had Masa Larangan Kenderaan Berat atas Jambatan Pulau Pinang 
			dan Pengeluaran Pas Khas untuk mengatasi masalah kesesakan di 
			jambatan
			
			xxvi. Menetapkan bantuan bencana alam dikeluarkan dalam masa 24 jam 
			kepada mangsa-mangsa.
			
			xxvii. Melantik Timbalan Ketua Menteri pertama di Malaysia daripada 
			kaum India dan Pengerusi Melayu pertama untuk investPenang;
			
			xxviii. Mengurangkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK kepada RM 
			200 dan RM 150 sebulan daripada RM 600 dan RM 500 masing-masing.
			
			xxix. Memberikan penganugerahan pingat dan bintang berdasarkan 
			sumbangan masyarakat atau prestasi pencapaian dan bukannya latar 
			belakang politik di mana buat pertama kali tidak ada seorang ahli 
			EXCO, ADUN ataupun ahli majhlis kerajaan tempatan menerima pingat 
			yang menyebabkan bilangan Dato Seri Utama, Dato Seri dan Dato 
			dikurangkan daripada 82 tahun lepas kepada 38 tahun ini.
			
			xxx. Melarang semua ahli pentadbiran dan ADUN kerajaan daripada 
			membuat permohonan baru untuk tanah kerajaan.
		
        
		*
    
    
 Lim Guan Eng, Ketua Menteri 
		Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP