http://dapmalaysia.org 
 

Teks Ucapan Junjung Kasih atas Titah Ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak oleh Wong Kah Woh di Dewan Negeri Perak pada hari Rabu, 25 Jun 2008 : 

Teks Ucapan Junjung Kasih atas Titah Ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

YesterTuan yang Dipertua, YAB Menteri Besar Perak, rakan-rakan sepejuangan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas titah ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak sempena Pembukaan Rasmi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke12 ini.

Tuan Yang Dipertua,

DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah bertitah dan menasihati kesemua kita yang diberikan mandate oleh Rakyat, untuk memenuhi harapan dan amanah Rakyat serta melaksanakan tugas secara jujur.

Tanah yang diberikan kepada Parti-Parti Politik dan Ahli Politik

Kerajaan merupakan pemegang amanah kepada Rakyat. Kita semua di sini dalam Dewan yang mulia ini kerana amanah daripada Rakyat, termasuklah mereka yang duduk di sebelah pembangkang. Demokratik bermaksud “Daripada Rakyat, Untuk Rakyat” dan kita semua faham betapa pentingnya amanah yang diamanahkan oleh Rakyat kepada kami.

8:27 O ye that believe! Betray not the trust of God and the Apostle, nor misappropriate knowingly things entrusted to you.

Samaada Kerajaan sekarang pernah mengkaji bagaimanakah Kerajaan terdahulu yang telah mentadbir negeri yang penuh dengan khazanah bagi 50 tahun yang lepas dan mendapat pengajaran daripadanya supaya tidak mengulangi apa yang telah dilakukan oleh mereka dan supaya Rakyat dapat melihat suatu “perubahan”?

Isu tanah, suatu khazanah ciptaan Tuhan yang unik, memberikan gambaran kepada kami perbuatan-perbuatan bagaimana Kerajaan terdahulu telah menyalahgunakan amanah daripada Rakyat. Dulu, dalam Dewan yang mulia telah dibangkitkan:-

1. bahawa Yang Berhormat EXCO terdahulu daripada UMNO mengaku dengan sendirinya bagaimana ia telah menggunakan nama isterinya untuk mendapatkan tanah yang diusahakan untuk limau Tambun dan menjualkannya kepada pemaju dan mengaut keuntungan berjuta-juta;
2. bahawa Yang Berhormat terdahulu dari MCA telah mendapatkan tanah di sebelah pasar Pusing dan menjualkannya untuk keuntungan!

Saya di sini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan sekarang yang telah dengan serta merta dan berani membatalkan kelulusan sebidang tanah di Pasir Pinji yang telah diberikan kepada MCA Bahagian Ipoh Timur yang jelas merupakan suatu pecah amanah yang diberikan oleh Rakyat. Syabas!

Akan tetapi, pembatalan ini hanya merupakan suatu penyelamatan kecil akibat daripada pecah amanah. Berapakah bidang tanah telah diberikan kepada komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC dsb di Negeri ini? Saya mendapat berita bahawa ahli-ahli politik yang mendapat tanah, langsung tidak perlu membayar premium dengan duit sendiri, dan terus jual kepada orang lain, minta pembeli terus bayar Premium bagi pihak dia, dan terus membuat pindahmilik kepadanya. Modal untuk bayar Premium pun boleh dijimatkan, memang bijak kesemua ini dibuat!

Saya juga pernah mendengar berita bahawa ada tanah-tanah telah diluluskan dan diberikan atas nama Cawangan UMNO, ada??? An open breach of trust of the People, dengan izin! Bukan satu tetapi lebih daripada 20 bidang tanah! Bagaimana ini boleh berlaku? Premium pula belum ditentukan tetapi telah diputuskan akan diberikan 50% diskaun! Sedangkan rakyat-rakyat jelata di Kg Baru Cina yang memohon untuk melanjutkan tempoh pajakan 60 tahun hanya diberikan diskaun 20% dan bukannya setiap masa pula! Bagaimana Kerajaan terdahulu sanggup berbuat demikian??? “Jian Shou Zhi Dao!” Harapkan pagar, pagar makan padi! Dan akhirnya Rakyat telah sedar, jemu dengan perbuatan ini dan sekaligus menumbangkannya dan digantikan dengan Kerajaan sekarang.

Tuan yang dipertua,

Yang penting, Kerajaan sekarang haruslah belajar daripada kelakuan-kelakuan pecah amanah ini dan memulangkan amanah kepada Rakyat. Hak dan kepentingan Rakyat mestilah dibela.

4:58 God doth command you to render back your trusts to those to whom they are due.

Tanah kepada Sekolah Cina & Tamil

Tuan yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih atas titah nasihat DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang menyatakan kerajaan akan berusaha memastikan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama, berhak menimba ilmu dan mendapat peluang pendidikan secara saksama.

Saya juga berasa amat bangga dan gembira apabila Kerajaan sekarang dibawah pimpinan YAB MB telah mengumumkan bahawa kerajaan ini merupakan kerajaan semua Rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Namun, pada masa yang sama, saya juga teringat YAB PM kita, semasa beliau menjawat jawatan PM Malaysia juga telah mengatakan beliau ingin menjadi seorang PM untuk semua. Kerajaan Perak sekarang haruslah membuktikan kepada Rakyat bahawa ia adalah berbeza dengan apa yang telah gagal dicapai oleh PM dengan slogan yang sama. Cakap mesti bikin, bukan cakap tak serupa bikin atau cakap langsung tak bikin!

Tuan yang Dipertua,

Polisi diskrminasi Kerajaan Pusat BN, yang bercanggah dengan slogan Kerajaan untuk Semua, dapat dilihat dari segi polisi Kerajaan Pusat dalam pembangunan SJKC dan SJKT berbanding dengan SMK.

Sejak tahun 1981, secara keseluruhannya, bilangan sekolah rendah Cina dan Tamil telah berkurangan. Pada tahun 1981, Sekolah Kebangsaan mencapai angka 4549 buah, SJKC 1307 buah dan SKJT 579 buah, manakala pada tahun 2006 pula SJKC telah berkurangan 19 buah ke 1288 dan SJKT berkurangan 56 buah ke 523 manakala SK pula bertambah 1225 buah ke 1774 buah.

Walaupun keperluan untuk SJKC dan SJKT turut bertambah seperti keperluan untuk SK, pada tahun 2006 iaitu 3 tahun di bawah pimpinan YAB PM, Kerajaan telah mengumumkan 180 buah sekolah rendah akan dibina tetapi tiada satu pun merupakan SJKC dan SJKT! Jelas, ini membuktikan dasar diskriminasi Kerajaan Pusat BN.

Di Perak pula, SK 1970-2005 (355 + 166 = 521) SJKC 206-18=188 SJKT 176-40=136. Di kawasan Ipoh, SJKC mengalami kesesakan pelajar dan tidak dapat menampung keperluan Rakyat. Terutamanya SKJC Bercham yang mempunyai setiap bilik darjah melebihi 50 orang! Ada orang pula yang mengatakan keadaan ini sebagai sesak Sadin. Namun, samaada Kerajaan Pusat pada ketika itu ada mengambil berat tentang isu ini? Tidak! ADUN MCA Bercham yang terdahulu pula mempunyai muka yang tebal dan mengatakan tiada kawasan lapang untuk membina sekolah baru, sedangkan DAP dapat mengidentifikasikan kawasan rezab sekolah di Desa Tambun Indah, 5 minit dari Bandar Bercham.

Kerajaan Perak di bawah pimpinan YAB MB haruslah mengambil berat tentang polisi diskriminasi yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat. Abaikanlah dasar diskriminasi yang berlandaskan kaum, yang membezakan Rakyat kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Kita semua di sini, lahir di negara ini, taat kepada negara yang tercinta ini, kesemua kita merupakan Rakyat Malaysia, Malaysian yang benar-benar. “Sheng yu shi, zhang yu shi, shi yu shi” Kita lahir di sini, kita membesar di sini dan kita sanggup mati di sini. Inilah semanagat Malaysian yang benar dan tidak harus didiskriminasikan.

Sebagai suatu kerajaan untuk semua Rakyat, Kerajaan Perak haruslah mengidentifikasikan tanah-tanah yang bersesuaian dan menjadikan ia rezab untuk tujuan sekolah, terutamanya SJKC dan SJKT dan semakin kurang. Saya sesungguhnya percaya bahawa Dong Zong dan Jiao Zong boleh membantu Kerajaan Perak dalam mengidentifikasikan kawasan yang memerlukan SKJC.

Biarlah Negeri Perak memberikan, membuat satu offer, untuk tanah-tanah yang telah direzabkan kepada Kerajaan Pusat, dan mendesak Kerajaan Pusat meluluskan pembinaan SJKC dan SJKT di Negeri ini untuk menampung keperluan Rakyat. Kerajaan Pusat enggan ubah dasar diskriminasinya selepas 308, biarlah kita desak dan paksa ia berubah!

Pengistiharan Harta

Kerajaan Perak telah menulis era baru dalam system demokratik yang transparency dengan memutuskan MB dan kesemua EXCO mengistiharkan harta mereka. Ia merupakan suatu polisi yang amat mengalu-alukan.

Akan tetapi, selepas beberapa bulan pengumuman dibuat, Rakyat masih belum menerima sebarang berita tentang pengistiharan tersebut. Saya tidak ada sebarang syak wasangka samaada pengistiharan akan dibuat, tetapi ia haruslah dibuat serta merta, mungkin dalam masa 100 hari yang kedua, supaya Rakyat dapat rasa perubahan dan perbezaan antara Kerajaan Sekarang dan Kerajaan Lama yang duduk di sebelah sana.

Saya berasa pengistiharan harta bagi MB dan EXCO adalah tidak mencukupi. Biarlah kita sama-sama, Tuan Speaker, Timbalan Speaker, kesemua ADUN-ADUN di sini dan dari sebelah sana mengistiharkan harta masing-masing. Saya dan rakan-rakan saya sanggup berbuat demikian. Biarlah Rakyat tahu siapa yang benar-benar berkhidmat untuk Rakyat dan siapa yang mengaut keuntungan seperti bekas EXCO yang memohon tanah atas nama isteri dan menjualnya. Saya percaya ada banyak ikan besar yang masih berenang di sebelah kiri Tuan Speaker.

Janji Kosong Bekas YAB MB sekarang YB Pengkalan Hulu

Kerajaan kita perlu menjadi sebuah kerajaan yang berintegriti dan memegang teguh kepada janji yang dibuat khasnya kepada Rakyat yang memberikan mandate kepada kita. Ini merupakan satu lagi tugas amanah kepada Rakyat.

Untuk makluman Tuan Yang Dipertua, di kawasan saya Taman Ipoh Timur, pada tahun 2000, YAB Menteri Besar yang terdahulu telah memberikan suatu janji kepada penduduk-penduduk kawasan tersebut untuk merobohkan 9 buah kilang perindustrian ringan di kawasan tersebut supaya memberikan satu buffer zone kepada penduduk-penduduk setempat dan memberi peruntukan sebanyak RM100,000.00 untuk tujuan membina suatu Taman Rekreasi dan tempat permainan kanak-kanak di kawasan tersebut yang boleh dikatakan ex gratia gantirugi kepada penduduk.

Namum, sampailah hari ini, 8 tahun telah berlalu dan kedua-dua janji tersebut tidak ditunaikan. Saya melalui rakan-rakan saya di Dewan ini sejak tahun 2004 telah membangkitkan isu ini tidak kurang daripada 4 kali tetapi jawapan standard “cut and paste” telah diberikan. Tidak ada sebarang jawapan konkrit. Maka, saya cadangkan kepada Dewan yang mulia ini, untuk memulihkan integriri Kerajaan Perak yang telah semakin lemah, ambillah usaha aktif untuk berbincang dengan semua pihak, dan tentukanlah satu tarikh terakhir untuk menunaikan janji YAB Menteri Besar yang terdahulu di Taman Ipoh Timur tersebut. Peruntukkan RM100,000.00 tersebut juga haruslah ditambah, memandangkan kadar inflase telah bertambah teruk sejak 2000.

Tuan yang Dipertua,

Bagaimana untuk malaksanakan mandate Rakyat dengan berkesan? Saya mendapati Kerajaan Tempatan memainkan suatu peranan yang penting memandangkan ia merupakan pihak kerajaan yang paling dekat dengan Rakyat dan saya boleh kata, di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, prestasi kerajaan tempatan di Negeri ini amatlah tidak memuaskan. Saya memberikan beberapa contoh di sini.

MBI

(i) Jalan Perajurit

Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan Jalan Perajurit tidak lari daripada kesesakan, pothole, banjir… Persoalan yang sering muncul di minda Rakyat di kawasan Ipoh Garden East adalah, kenapa projek pelebaran PLUS Highway berlanjutan begitu lama sejak sekurang-kurangnya 18 bulan yang lepas dan tidak siap-siap?

Baru-baru ini saya telah menghadiri sebuah mesyuarat antara LLM, UEM, PLUS serta MBI untuk membincang dan menangani masalah kesesakan dan banjir di kawasan pembinaan / pengubahsuaian. Dalam perkara ini, UEM dan PLUS sepatutnya memikul tanggungjawab corporate kepada penduduk-penduduk setempat. Ia haruslah memastikan projek yang dijalankan tidak menganggu kehidupan seharian dan tidak mendatangkan kesulitan yang tidak munasabah kepada penduduk-penduduk. Samaada ia ada memikul tanggungjawab tersebut? Cubalah YB Tuan Speaker dan YAB MB melawati kawasan pembinaan, potholes merata-rata, bahan pembinaan di tepi jalan, kawasan penuh dengan tanah-tanah selepas hujan. Adakah ini tanggungjawab corporate yang diinginkan?

Saya menghargai usaha MBI sebagai pemantau projek. Namun, saya difahamkan bahawa UEM dan PLUS tidak mengikuti arahan atau membalas surat kepada MBI apabila pihak MBI menulis kepada UEM dan PLUS atas masalah-masalah tersebut. Apabila UEM dan PLUS enggan memberi kerjasama atau bersikap negative, MBI haruslah mengambil tindakan yang tegas. Saya juga difahamkan bahawa MBI terpaksa membelanjakan RM50,000.00 untuk pembaikan jalan di Jalan Tambun akibat pembinaan flyover di Jalan Tambun kerana UEM dan PLUS lambat dalam kerja pembaikannya. Inilah duit Rakyat, dan terpaksa digunakan untuk menyelesaikan masalah bagi pihak UEM dan PLUS yang mengaut keuntungan berlebih-lebihan. Minta daripada UEM dan PLUS untuk tunjuk sebab kenapa permit pembinaan tidak harus dibatalkan. Usaha penguatkuasaan MBI adalah tidak mencukupi dalam perkara ini.

Perkara ini haruslah ditangani dengan segera. Penyumbang utama kepada masalah ini adalah PLUS dan UEM tetapi tuduhan akan sampai ke MBI, Dato Bandar, ADUN malah juga YB Lim Kit Siang. Sampai bilakah Rakyat perlu sengsara atas kekecohan ini?

Bagi Mbi pula, suatu kajian dan penyelidikan teliti untuk merancang semula aliran trafik dan melebarkan jalan di bawah flyover PLUS adalah amat perlu.

(ii) Banjir di SK Marian Convent dan Mariaville

Masalah banjir sering berlaku di kawasan SK Marian Convent da Mariaville. Ini sudah berlanjutan 20 tahun. Hujan selama setengah jam adalah cukup untuk membanjiri kawasan tersebut dan menjadikan ia sebuah lautan. Dato Bandar yang terdahulu pernah bersama-sama ADUN yang terdahulu melawati sebelum pilihanraya 308. Apa yang telah berlaku? Banjir masih berlaku. Rakyat masih sengsara.

Dato Bandar yang terdahulu telah menulis surat kepada JKR dan memaklumkan masalah banjir adalah disebabkan oleh system saliran di Tiger Lane, yang mana penghuni setempat tidak bersetuju. 2 Persoalan dalam perkara ini:-

1. Samaada pihak MBI pernah mendapatkan pandangan daripada penghuni setempat yang sepatutnya lebih tahu tentang masalah tersebut?
2. Sekiranya pemantauan MBI bahawa ia adalah disebabkan oleh system pengaliran di Tiger Lane, kenapa tidak ada sebarang follow up actions setelah surat ditulis kepada JKR? Inilah masalah yang kerap berlaku dengan kerajaan tempatan, langsung tidak ada follow up.

Ada pula kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak Berkuasa masing-masing tetapi telah meninggalkan masalah yang lebih teruk misalnya longkang yang tidak berapa sumbat di hadapan Pasar Kg Simee telah diubahsuai sebelum pilihanraya 2008 dan sekarang air langsung tidak dapat mengalir! Sistem saluran pengairan di Laluan 5 Kg Simee telah dipertingkatkan tetapi penduduk-penduduk masih dilandai banjir setiap kali hujan lebat. Tindakan haruslah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bahkan jurutera yang terlibat ataupun kontraktor yang tidak melaksanakan kerja dengan sempurna.

Tuan yang Dipertua, kerajaan tempatan merupakan struktur kerajaan yang paling dekat dengan Rakyat. Perkara-perkara ini harus diberi perhatian sepenuhnya. Sikap pekerja-pekerja harus berubah. Aduan Rakyat haruslah difollow upkan dan bukan disambung ke sana sini apabila menghubungi general line MBI. Saya pernah berhubung dengan general line MBI untuk suatu penjelasan dan telah disambung ke 6 talian yang berbeza dan akhirnya saya berputus asa dan menutup telefon saya. Inilah apa yang dihadapi oleh Rakyat jelata setiap hari.

Isu Tong Sampah

Kerajaan haruslah memahami perasaan Rakyat dan mengambil pandangan mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. MBI telah mewajibkan, walaupun sekarang ditangguhkan buat sementara waktu, setiap rumah mesti meletak satu tong sampah. Memang adalah tidak dinafikan bahawa ia dapat memastikan kebersihan halaman tempat tinggal tetapi samaada MBI pernah mengambilkira sebab kenapa tong sampah tidak diletak? Saya dan saya percaya ramai rakan-rakan saya menerima aduan seperti tong sampah dicuri, pekerja-pekerja MBI membuang tong sampah merata-rata… Inilah masalah dan aduan yang perlu ditangani oleh MBI terlebih dahulu sebelum menguatkuasakan kewajiban ini. Inilah perubahan dan perbezaaan yang harus ditunjukkan oleh Kerajaan kini dengan Kerajaan yang lama!

Pilihanraya kerajaan tempatan telah dimansuhkan sejak tahun 1965 atas sebab konfrantasi dengan Negara jiran. Namun, sudah 43 tahun berlalu dan system lantikan ahli majlis kerajaan tempatan telah menyebabkan taraf perkhidmatan jatuh. Laporan Athi Nahappan telah mencadangkan supaya pilihanraya kerejaan tempatan dipulihkan tetapi Kerajaan Pusat telah enggan berbuat demikian. Tahun ini, tahun 2008, Rakyat telah memberikan mandate kepada Pakatan Rakyat untuk membawa satu perubahan. Sudah sampailah masa kita bersama-sama memberikan tekanan dan desakan kepada Kerajaan Pusat untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan. Lantikan awam sebanyak 30% yang dilaksanakan oleh Kerajaan berdasarkan Seksyen 12 Akta Kerajaan tempatan adalah suatu keputusan yang baik dan memerangsangkan. Syabas kepada barisan pentadbiran Negeri Perak.

Pada masa yang sama, saya juga mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya caj bayaran letak kereta pada hari Sabtu di Ipoh dimansuhkan dan system 5 hari dikembalikan. Kita semua tahu system caj bayaran tempatan letak kereta bukanlah untuk mendapat keuntungan tetapi untuk meyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta. Hari Sabtu sekarang hampir telah menjadi cuti umum bagi semua sektor, masalah kekurangan tempat letak kereta tidak wujud lagi, tidak ada alasan lagi untuk tidak mengembalikan kepada system lama.

Harga Minyak Naik Dengan Mendadak

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan Pusat telah meningkatkan harga minyak sebanyak 78 sen pada 05.06.2008 menjadikan harga petrol RM2.70 seliter. Ini pasti telah membebankan Rakyat. Saya bersetuju bahawa para pemimpin harus bersatu dan mencari kata sepakat untuk meringkan tanggungan rakyat. Saya menyeru supaya tindakan segera perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di Negeri Perak supaya ia dapat memberikan suatu alternatif kepada warga Perak dan meringankan pengantungan rakyat Perak terhadap penggunaan Petrol.

Kenaikan harga minyak antarabangsa adalah di luar kawalan kita. Namun, sebagai Negara pengeluar petroleum, isu di hadapan kita semua adalah samada Rakyat harus bersengsara akibat daripada kenaikan harga product keluaran Negara sendiri. Kerajaan Pusat selalu membandingkan harga petrol Malaysia dengan Negara-negara nett-importer seperti Singapore dan Thailand, kenapa tidak dibandingkan dengan Negara Brunei yang hanya menjual dengan harga RM1.20/litre? Ke mana perginya keuntungan petroleum yang merupakan khazanah daripada Tuhan?

Kerajaan Pusat sering mengatakan Kerajaan tidak sanggup lagi menanggung subsidi akibat daripada kenaikan harga minyak antarabangsa. Kerajaan Pusat turut mengatakan penjimatan subsidi boleh digunakan untuk meningkatkan system pengangkutan awam di Negara ini. Namun, sejak peningkatan harga petrol pada tahun 2006, Rakyat tidak nampak dan tidak rasa apa-apa perkembangan dan kemajuan dari segi pengangkutan awam di negeri ini. Kerajaan Negeri haruslah membuat penyelidikan berapakah jumlah daripada penjimatan subsidi petrol sebanyak RM4.4 billion seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2006 telah digunakan untuk tujuan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Perak.

Ia bukan soal ubah cara hidup, ia adalah persoalan ubah kerajaan.

Kesimpulan:

Mandate telah diberikan kepada Kerajaan sekarang pada 08.03.2008. Biarlah kita sama-sama berganting bahu melaksanakan mandate yang diamanahkan oleh Rakyat dan membangunkan negeri Perak yang dikasihi ini.


* Wong Kah Woh, ADUN Canning & Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak