http://dapmalaysia.org 

Freelance
 

Kenyataan Akhbar oleh Lim Guan Eng di Georgetown, Penang pada hari Ahad, 30 November 2008: 

Datuk Dr Teng Hock Nan mesti jelaskan mengapa projek RM 84.3 juta ibupejabat MPSP dibuat tanpa tender terbuka kepada syarikat Aseania Development Sdn. Bhd(ADSB) dan sistem penghawa dingin diberikan kepada Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd dengan kos penyelenggaraan tinggi   

Dalam skendal kehilangan rizab MPSP sebanyak RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun, bekas ahli EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Dr Teng Hock Nan mesti jelaskan mengapa projek pembinaan ibupejabat MPSP sebanyak RM 84.3 juta dibuat tanpa tender terbuka dan satu sistem penghawa dingin diberikan kepada Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd dengan kos yang begitu tinggi dipakai.

Daripada lebihan Kumpulan Wang Baki sebanyak RM 230.1 juta pada 1.1.2000 dan tinggal hanya RM 6.4 juta pada 31.12.2008, di antara faktor utama kehilangan RM 223.7 juta dalam tempoh masa 9 tahun adalah seperti berikut:-

• Peruntukan kawasan sebanyak RM 50.3 juta kepada ADUN BN di Seberang Perai dan RM 8.6 juta kepada ahli-ahli MPSP menjadi keseluruhannya RM 59 juta wang MPSP digunakan sebagai politik wang;

• Terus membina Ibupejabat MPSP sebanyak RM 84.3 juta di Bandar Perda sungguhpun pilihan lebih murah wujud bila kerajaan negeri memperuntukkan sebidang tanah seluas 30 ekar di Ampang Jajar.

• Penyelenggaraan sistem hawa dingin dengan kos mahal.

Kerajaan baru tidak mengikuti amalan BN menggunakan wang MPSP sebagai wang politik kepada ADUN dan ahli MPSP.

Mengikut laporan MPSP, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 28 Februari 2001 dan disahkan pada 7 Mac 2001 telah meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Baru, MPSP di Bandar Perda, Permatang Rotan secara rundingan terus “Design and Build” dengan Aseania Development Sdn. Bhd. (ADSB) iaitu pemaju Bandar Perda. Adakah Datuk Dr Teng telah cuba menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mengelakkan daripada jawab soalan mengapakan kontrak pembinaan diberikan kepada ADSB tanpa tender terbuka? Bukti bahawa Datuk Seri Anwar yang mengarahkan ibupejabat dibina di Bandar Perda dan bukannya Ampang Jajar masih dinantikan.

Dalam penyiapan pembinaan bangunan, kemudahan hawa dingin adalah disambung kepada “district cooling system” seperti terdapat di dalam perjanjian bertarikh 1 November 2002. Tidak ada penghawa dingin dipasang dengan sendirinya oleh MPSP. Sistem penghawa dingin direkabentuk secara sambungan kepada “district cooling system” seperti mana kemudahan yang ada di pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

Perjanjian “Chilled Water Supply Agreement” dengan pembekal iaitu Aseania Linear District Cooling System Sdn. Bhd. telah ditandatangani pada 15 Disember 2005. Diantara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah

i. Bekalan semasa ialah untuk tempoh 10 tahun iaitu sehingga tahun 2015
ii. Lanjutan adalah bagi tempoh 5 tahun
iii. Kadar semasa bayaran adalah 0.548 sen per ton hour
iv. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada kenaikan tarif letrik dan air dan sebarang kenaikan tarif ini akan mengubah kadar bayaran semasa.

Syarat-syarat begitu menfaatkan syarikat diberikan selama 10 tahun sehingga 2015 dengan lanjutan lagi 5 tahun susah diterima oleh rakyat. Sehingga kini bayaran bulanan untuk perkhidmatan hawa dingin bagi Ibu Pejabat Baru, MPSP di Bandar Perda bagi tahun 2008 adalah seperti beikut:-
 

Bil.

Bulan

Unit Digunakan

Bayaran

1.

Januari

124920

68,456.16

2.

Februari

104641

57,343.27

3.

Mac

107205

58,748.34

4.

April

118604

64,994.99

5.

Mei

125149

68,581.66

Adalah diharapkan skendal kehilangan wang rizab MPSP sebanyak RM 223.7 juta dilihat dengan serius supaya kelemahan-kelemahan boleh diatasi dan sekiranya ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan maka tindakan sewajarnya diambil. Oleh itu, kerajaan negeri mahukan fakta bukannya fitnah, rasional keputusan dibuat bukannya emosi dan prinsip yang ditegakkan bukannya prejudis sesuatu pihak. Datuk Dr Teng harus jawab mengapa kontrak pembinaan diberikan tanpa tender terbuka dan kontrak penyelenggaraan penghawa dingin dengan kos tinggi. Beliau harus jawab berdasarkan fakta, rasional dan prinsip beliau meluluskannya dan adakah ia berkepentingan awam?


* Lim Guan Eng, DAP Secretary-General & Penang Chief Minister