red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Ean Yong Hian Wah di Petaling Jaya pada Jumaat, 14 Ogos 2009:

Mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan keras SPRM untuk cuba menahan Wong Chuan How dan menyebabkan beliau cedera di bahagian kaki

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Seri Haji Ahmad Said bin Hamdan harus dipecat kerana kegagalannya dalam menjalankan tugasnya dalam siasatan skandal PKFZ yang melibatkan amaun RM12.5 bilion.

Saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan keras SPRM untuk cuba menahan Wong Chuan How dan menyebabkan beliau cedera di bahagian kaki.

Wong merupakan seorang saksi yang ingin bekerjasama dengan SPRM. Tetapi malangnya SPRM enggan mengambil keterangan di pejabat khidmat beliau walaupun SPRM telah bersetuju dengan cadangan tersebut beberapa hari yang lalu.

Ini jelas bahawa SPRM telah hilang kewibawaan dan profesionalisme dalam siasatan kerja mereka.

Rakyat telah hilang keyakinan ke atas SPRM kerana ia tidak bebas dan diperalatkan oleh Barisan Nasional sebagai alat politik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Saya juga berasa terkejut dan marah kerana Wong telah menjadi mangsa yang kedua selepas kematian misteri Teoh Beng Hock semasa beliau masih dibawa jagaan SPRM pada masa itu.

Kini, nyawa dan keselamatan wakil rakyat PR dan pembantu-pembantu kami bukan sahaja diancam oleh penjenayah yang semakin meningkat,tetapi juga terima ancaman daripada SPRM.

DAP akan mengaji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pegawai-pegawai SPRM yang menyebabkan kecederaan Wong.

Saya juga mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Sri Ahmad Said untuk meletakkan jawatan kerana SPRM tidak mampu mencegah rasuah tetapi ingin menghapuskan Pakatan Rakyat.


* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Kerajaan Negeri Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional