red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Laporan polis oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Sabtu, 30 Ogos 2009:

Laporan polis terhadap penyalahgunaan peruntukan pembangunan kawasan bekas ADUN BN dan SPRM

Saya di sini ingin membuat satu laporan polis terhadap penyalahgunaan peruntukan pembangunan kawasan DUN Kampung Tunku dan kawasan-kawasan DUN yang lain di Selangor sebanyak RM500,000 setiap satu kawasan DUN yang telah dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan pada tahun 2008.

Saya difahamkan bahawa wang sebanyak RM500,000 ini adalah diperuntukkan kepada setiap kawasan DUN Selangor untuk sepanjang tahun 2008. walaupun begitu, wang yang begitu banyak ini telah dihabiskan dalam masa kurang daripada tiga bulan sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008.

Dokumen yang saya perolehi daripada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling telah menunjukkan setiap satu butiran kegunaan peruntukan ini dan persoalan-persoalan serious tertimbul tentang bagaimana bekas ADUN ini dapat membelanjakan wang rakyat ini dengan begitu boros dalam masa kurang daripada tiga bulan, lebih-lebih lagi apabila PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008 dan persoalan tertimbul adakah ADUN-ADUN BN ini sengaja berbuat demikian supaya wang ini dapat dikeluarkan untuk membiayai perbelanjaan kempen pilihanraya BN.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008. Jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76. Sebahagian besar ADUN BN masing-masing membelanjakan RM492,800 malahan Speaker DUN yang lalu, yang bukannya seorang ADUN, turut membelanjakan RM600,000.

Laporan telah dibuat oleh saya terhadap SPRM pada 16 Julai 2009 kepada seorang pegawai SPRM Selangor yang bernama Nicholas tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil oleh SPRM.

Oleh itu, saya mengesyaki terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini. Saya juga meminta PDRM menjalankan siasatan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam kes ini kerana saya mengesyaki mungkin terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini di mana kes penyelewengan ini mungkin sengaja ditutup oleh pihak berkuasa yang sepatutnya bertanggungjawab menjalankan siasatan.


* Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor DAP & ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional