red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Ucapan oleh Ean Yong Hian Wah dalam Konvensyen DAP Selangor di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada hari Ahad, 20hb Disember 2009:

Prinsip cekap, amanah dan telus (CAT) perlu terus menjadi panduan pentadbiran negeri Selangor

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengalu-galukan kehadiran saudara dan saudari ke konvensyen tahunan yang amat bermakna ini.

Sejak tsunami politik Mac 8 tahun lepas sampai hari ini, DAP dan Pakatan Rakyat telah memerintah Selangor selama 20 bulan.

Kini, seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan Selangor, mereka menilai pretasi kita, mereka mahu lihat dengan mata sendiri bagaimana Pakatan Rakyat mampu mentadbir sebuah negeri yang paling maju di tanah air kita. Mereka sedang bertimbang untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat supaya menjadi kerajaan pusat pada masa yang akan datang.

Saudara dan saudari sekalian,

Selangor bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Malaysia, tetapi juga pimpinan Barisan Nasional. Pelbagai khabar angin mengenai kejatuhan kerajaan negeri masih bersebar di kalangan masyarakat selama 20 bulan ini. Ini merupakan salah satu tanda amaran kepada kita supaya kita perlu sentiasa berjaga-jaga untuk menjalankan tugas.

Barisan Nasional sanggup membuat apa-apa saja untuk merampas kuasa di Selangor. Ia menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan seperti polis dan SPRM untuk menyerang Pakatan Rakyat. Ini seperti apa yang berlaku pada 16hb Julai tahun ini, saudara Teoh Beng Hock telah dijumpai mati tanpa sebab di pejabat SPRM semasa membantu siasat SPRM mengenai peruntukkan kawasan saya.

Insiden 204, 4hb Februari tahun ini, Barisan Nasional telah menggunakan taktik kotor dan haram dari segi undang-undang untuk merampas kuasa di Perak. Ini bukan sahaja menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia, tetapi juga memalukan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita selama 52 tahun.

Kini, Barisan Nasional telah menikmati kejayaannya di Perak. Sasaran seterusnya adalah negeri Selangor. Mereka sering kali mengeluar kenyataan mengatakan mahu menjatuhkan kerajaan negeri Selangor. Mereka juga menggunakan pelbagai cara cuba untuk memancing ADUN Pakatan Rakyat. Tetapi sampai hari ini, hanya seekor katak bodoh yang bernama Badrul melompat ke sebelah sana. Kita semua masih berdiri dengan tegak dan kukuh, dan kita tidak akan diperdayakan oleh Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, kita perlu bersiap sedia untuk pilihanraya yang akan datang. Kita bukan sahaja mahu terus mentadbir di negeri Selangor, tetapi juga mahu melangkah depan ke Putrajaya.

Mengikut kajian, kita menang 4 kerusi parlimen dalam pilihanraya lepas, iaitu Serdang, Petaling Jaya Utara, Klang dan Puchong. Kita mendapat majoriti yang melebihi 10 ribu undi di dalam kawasan ini, keempat-empat kerusi ini perlu terus dijadikan sebagai kubu kuat DAP.

Seterusnya, kita menglasifikasikan 13 kerusi dewan negeri yang menang kepada 4 kategori.

Kategori satu, kerusi yang mendapat majoriti melebihi 5 ribu undi. Berdasarkan keputusan pilihanraya 2008, kerusi-kerusi ini termasuk Damansara Utama, Subang Jaya, Bukit Gasing, Teratai, Kg Tunku, Sungai Pinang, Seri Kembangan, Kota Alam Shah, Kinrara dan Pandamaran. Walaupun kita menang dengan majority yang besar, tetapi kita perlu bertukus lumus untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kategori kedua, kerusi yang mendapat majoriti di antara seribu dan 5 ribu undi. Hanya satu kawasan, iaitu Balakong.

Ketegori ketiga, kerusi yang mendapat majoriti seribu undi ke bawah, iaitu Sekinchan dan Teluk Datuk. Kita semua perlu memberi perhatian kepada dua-dua kerusi ini. Tanggungjawab perlu dipikul oleh semua untuk memastikan DAP boleh terus mendapat sokongan di sana.

Kategori keempat adalah kerusi yang kalah dalam pilihanraya. Ini termasuk Sungai Pelek dan Kuala Kubu Bahru. Kita kalah kedua-dua kerusi ini dengan minoriti yang nipis. Oleh itu, saya berharap kita boleh mencipta sejarah untuk mendapat kemenangan nanti.

Selain itu, kita juga mengenal pasti 8 kerusi yang kalah dalam minoriti kurang daripada seribu undi oleh parti-parti sepejuangan kita. Iaitu Paya Jaras, Taman Templer, Permatang, Kuang, Morib, Sungai Air Tawar, Sabak dan Sri Serdang. Kita ambil Sri Serdang sebagai contoh, PAS hanya kalah 45 undi dalam pilihanraya lepas. Jikalau kita saling bantu membantu, saya yakin PAS boleh menang di kawasan ini pada masa depan.

Saya berharap saudara dan saudari yang berada di kawasan-kawasan saya sebut tadi, boleh membantu PAS dan PKR untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang, supaya Pakatan Rakyat dapat membina sebuah kerajaan negeri yang lebih stabil dan kukuh!

Saudara dan saudari sekalian,

Peminpin muda merupakan satu trend dunia yang baru. Kita berharap DAP Selangor terus mengekalkan fenomena muda yang bertenaga dan aktif. Selain daripada rekrut pemuda-pemudi sebagai ahli parti, kita juga perlu mencari lebih banyak peminpin muda yang berpontensi, supaya mereka boleh menjadi calon di dalam pilihanraya jikalau perlu.

Mengikut statistik, 75 peratus populasi di Malaysia adalah terdiri daripada golongan yang berumur 40 tahun ke bawah. Umur purata daripada kumpulan ini adalah 35 tahun. Ini bermakna, sesiapa yang dapat menangkap fikiran kumpulan ini, dia akan menjadi pemenang di dalam pilihanraya.

Dalam pilihanraya lepas, calon paling muda DAP Selangor yang bertanding dalam kerusi parlimen adalah saudari Teo Nie Ching, beliau pada masa itu hanya berumur 27 tahun. Seterusnya saudari Jenice Lee Ying Ha yang berumur 28 tahun merupakan calon termuda bagi kerusi dewan negeri.

Umur purata bagi 4 ahli parlimen DAP Selangor adalah 36.5 tahun, manakala umur purata bagi 13 orang ahli dewan negeri adalah 42.2 tahun. Ini bermakna, umur purata bagi semua wakil rakyat DAP Selangor adalah 39.4 tahun.

Berbanding dengan Barisan Nasional, DAP Selangor mendapat kelebihan dalam persaingan kerana kita menpunyai peminpin yang lebih muda dan cergas. Dengan ini, saya berharap kita boleh kekalkan trend ini di dalam pilihanraya yang akan datang, supaya memberi ruangan untuk golongan muda menyuarakan isi hati dan dalam masa yang sama mengikut jejak kaki parti.

Saudara dan saudari sekalian,

Pakatan Rakyat mesti dilihat sebagai sebuah barisan alternatif yang mampu dan bersiap sedia untuk mengambil alih kuasa kerajaan pusat. Oleh itu, hubungan yang erat perlu dipupukkan di antara tiga parti supaya memberi keyakinan kepada rakyat. Persepsi bekerjasama itu amat penting, kerana ia akan menpengaruhi pilihan rakyat.

Oleh itu, apa yang kita lakukan di Selangor sekarang, akan menjadi satu model untuk Malaysia baru nanti. DAP sebagai sebuah parti yang progresif dan maju, kita perlu bekerjasama dengan PAS dan PKR untuk membawa perubahan baru di Selangor. Prinsip cekap, amanah dan telus (CAT) perlu terus menjadi panduan kita untuk mentadbir di negeri ini. Kita juga perlu terus menambahbaikan kecekapan dan ketelusan di semua peringkat kerajaan, khususnya pihak berkuasa tempatan.

Kita juga berkomitmen untuk menghidupkan pilihanraya kerajaan tempatan dan mewujudkan enakmen bebas informasi untuk mengembalikan hak kepada rakyat.

Akhir sekali, saya juga ingin menasihatkan peminpin DAP Selangor di semua pringkat supaya dilihat sebagai seorang ahli politik yang matang dan berdisiplin. Segala kegiatan dan kenyataan yang menjejaskan nama baik parti tidak akan memberi manfaat kepada individu ataupun parti. Hanya dengan bekerjasama dan perpaduan di kalangan ahli-ahli parti, barulah kita dapat mencapaikan matlamat kita.

Sekian, terima kasih!


* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional