red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Ean Yong Hian Wah di Petaling Jaya pada Jumaat, 25hb Disember 2009:

Pihak polis diperkudakan oleh Barisan Nasional sebagai jentera politik untuk menyerang peminpin-peminpin Pakatan Rakyat

Saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak polis kerana siasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tentang kenyataannya mengenai Teoh Beng Hock dibunuh kejam. Tindakan ini jelas sekali menpunyai motif politik untuk menghalang rakyat daripada kisah sebenar kematian Teoh beng Hock.

Kali ini, pihak polis bertindak pantas secara luar biasa untuk mengambil tindakan. Ia telah diperkudakan oleh Barisan Nasional sebagai jentera politik untuk menyerang peminpin-peminpin Pakatan Rakyat. Justeru itu, Kementerian Dalam Negeri juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini, saya menyeru kepada menteri Dato’ Seri Hishammudin supaya memberi penjelasan tentang tindakan tersebut kepada rakyat.

Sampai hari, tiada sesiapa daripada kerajaan Barisan Nasional meletak jawatan untuk bertanggungjawab ke atas isu Teoh Beng Hock yang mati tanpa sebab di Ibupejabat SPRM Selangor pada 16hb Julai yang lalu. Ini adalah amat memalukan kerana inspirasi “Satu Malaysia” hanya merupakan satu jaminan kosong daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Apa yang rakyat dapat lihat sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional cuba untuk menyembuyikan sesuatu, termasuk melambatkan proses siasatan Inkues, menolakkan cadangan untuk menubuh Suruhajaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock dengan bebas dan adil.

Kini, rakyat Malaysia tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock mati dengan cara bunuh diri. Walaupun kerajaan Barisan Nasional ingin mengawal penyiaran berita dan informasi di negera ini, tetapi ia tidak akan dapat kawal fikiran bebas rakyat.

Saya menyeru pihak polis supaya menghentikan siasatan terhadap Guan Eng dengan serta-merta. Rakyat mahu kerajaan Barisan Nasional untuk mengembalikan maruah dan kebenaran kepada Teoh Beng Hock.


* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Kerajaan Negeri Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional