http://dapmalaysia.org 
 

Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Isnin, 12 Januari 2009:

Pembunuhan Gaza – akibat persaingan politik dalaman Israel dan sokongan ketenteraan Amerika Syarikat 

Keputusan untuk mula peperangan di Gaza bukan keputusan militari tetapi politik. Ini adalah sebab – satu atau dua hari sebelum bedilan udara bermula, kerajaan Israel menolak inisiatif diplomatik Hamas untuk melanjutkan gencatan tentera selama 6 bulan yang bermula pada Jun and tamat pada 26 Dis 2008.

Hamas menuntut bahawa kerajaan Israel menghentikan kepungan terhadap Gaza supaya teruskan gencatan senjata. Tetapi tawaran ini tidak diterima oleh pihak Israel.

Ini adalah sebab persaingan politik di antara 3 pemimpin politik Israel yang akan bertanding jawatan Presiden dalan pilihinraya umum bulan depan. Persaingan ialah di antara Menteri Luar Isreal dan Presiden Kadima Tsipi Livni dan Benjamin Netahanyu.

Persaingan sebenarnya ialah siapa lebih hebat memperjuangkan keselematan Israel. Maksudnya, landskap politik Israel mendorong pemimpin mereka menunjukkan ‘prestasi’ mereka dalam menjaga keselamatan Israel dan kekuatan ketenteraan Israel.

Tujuan peperangan dan kekejaman kerajaaan Israeli terhadap penduduk gaza adalah lebih di pengaruhi oleh persaingan politik dalaman Israel daripada melindungi rakyat jelata di Israel daripada serangan roket dari Gaza.

Ketiga-tiga penganas ini, sedang berusaha untuk menunjukan siapa daripada mereka boleh melindungi penduduk-penduduk Israel.

Malangnya, mangsa dalam permainan catur politik Israel ialah kanak-kanak sekolah dan ibu ibu Palestinian dan Israel.

Tujuan kedua perang ini ialah melemahkan kekuatan Hamas semasa Presiden Bush masih Presiden Amerika Syarikat, Dan ini merupakan strategi untuk menghalang dan menutup kesemua peluang yang mungkin timbul dalam pentadbiran President Elect Obama untuk mengatasi masalah Palestine-Israel.

Peranan Amerika Syarikat dalam menyokong kerajaan Israel mesti di kritik and peranan penting yang dimainkan oleh Amerika mesti dihentikan. Khususnya, senjata-senjata dan wepanory yang di gunakan oleh Israeli Defence Forces (IDF) untuk membunuh rakyat di Gaza dibekalkan olehi Amerika Syarikat. F-16 bombers dan Apache attack helicopters di berikan kepada IDF sebagai geran bantuan ketenteraan, nilainya lebih kurang USD 3 billion.

Dari tahun 2001 hingga 2006, amerika Syarikat menhantar lebih kurang USD 200 juta spare parts untuk kegunaan F16s. Pada tahun lalu, Amerika Syarikat menandatangani perjanjian sebanyak 1.3 billion dengan Raytheon corporation untuk memberikan IDF ribuan TOW, Hellfire dan apa yang di panggil Bunker buster missles.

Dalam kata lain, lebih daripada 800 kematian dan beribu-ribu kecederaan tidak dapat di lakukan tanpa sokongan ketenteraan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga memainkan peranan dengan kerajaan Israel untuk menyekat atau menutup genting gaza daripda penghantaran minyak, makanan, peralatan mesin dan juga menghalang PBB, pemantau hak asasi manusia, wartawan memasuk ke Genting Gaza. Ini adalah satu kesalahan di bawah Geneva Convention. krisis humanitarian yang dihadapi oleh orang palestin sebenarnya telah mencapai takat bencana sebelum bedilan udara Israel berlaku.

Kesimpulannya, penduduk Gaza ditindas dan menderita bukan diakibatkan oleh serangan roket Hamas. Tambahan pula, perang ini di jalankan untuk mendapat kemenangan politik semasa pilihanraya diadakan. Dan juga memberi amaran kepada negara-negara lain di rantau timur tengah, Israel akan menggunakan kuasa terlampau bila kepentingan mereka di pertikaikan.

Apa yang harus difahami, Gaza ialah satu territori yang dijajah di mana lebih kurang 1.5 juta penduduk tinggal di khemah-kemah refugees untuk beberapa generasi. Kalau kita bertanya manakah tanah-air penduduk 1.5 juta tersebut, jawapannya ialah kebanyakan daripada mereka adalah berasal dari tanah yang kini di panggil Israel.

Di Gaza, rakyat Palestin adalah dijajah di bawah kuasa penjajah - Israel.

Cara comprehensif untuk mengatasi masalah ini ialah a) menghentikan penjajahan Israeli; b) menghentikan polisi apartheid Israel and c) dan penukaran dasar kerajaan Amerika Syarikat supaya berasaskan keadilan dan kesaksamaan untuk semua.
Sekarang, sudah sampai masa untuk memulakan prosiding jenayah perang terhadap rejim Israel. Lebih pentingnya, saya menyokong pandangan beberapa pihak bahawa kerajaan Malaysia mengadakan prosiding undang-undang terhadap Israel kerana ia telah melanggar 1948 Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide.

Minggu lalu – beberapa kumpulan telah megadakan prehimpunan besar-besaran untuk mengutuk tindakan dan sikap Israel. Perhimpuan telah berlaku di kedutaan Amerika Syarikat, Malah ada cadangan dari Kementerian Pelajaran untuk menganjurkan perhimpunan melibati kanak kanak sekolah.

Ada juga perhimpunan yang membakar bendera-bendera Amerika Syarikat dan Israel di tengah jalan raya. Dalam semua perhimpunan, pihak polis memberi perlindungan dan memantau keadaan sahaja. Tidak ada penangkapan.

Tetapi pada 10 haribulan Januari perhimpuan anjuran Anti War Coalition yang behimpun secara damai di dataran merdeka telah dibubarkan oleh pihak polis. Malah, 21 orang telah di tangkap. Di antara mereka yang di tangkap ia lah 2 ahli parlimen, seorang ahli dewan undangan negeri dari negeri Selangor dan wakil wakil NGO. Di antara yang di tangkap ialah seorang penuntut sekolah berumur 13 tahun.

Saya ialah salah seorang yang ditangkap oleh pulis. Ada beberapa sebab mendorong saya menghadiri perhimpuan aman ini: a) saya hendak menyokong tindakan kerajaan; b) saya ada kawan-kawan Palestin yang keluarga mereka bertinggal di Gaza; c) semasa saya seorang penuntut di New York saya melibatkan diri dalam perjuangan PLO.

Tetapi, soalan saya ialah mengapa double standards di gunakan oleh pihak polis Dang Wangi.

Saya runding dengan pihak dengan OIC, saya katakan kepada beliau

a) jangan memburukkan nama baik Malaysia. Malaysia ialah salah satu daripada beberapa negara yang mendesak gencatan senjata dan tindakan lain.
b) jangan mencemarkan nama baik Perdana Menteri, beliau sedang berdiri di paling depan supaya PBB dan pertubuhan antarabangsa lain mengambil tindakan terhadap Israelis.

Malangnya, pihak polis memberitahu saya ini adalah “arahan dari atas”

Jawapan ini memang tidak masuk akal. Siapa yang lebih berkuasa daripada Perdana Menteri di Negara kita? Adakah tindakan polis dan ‘napolean napolean kecil’ sabatoj pimpinan negara kita atau mereka mahu UMNO kalah di pilihanraya kecil Kuala Terengganu? 
 


* Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang