red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Bersama DAP & PKR Negeri Pulau Pinang yang ditandatangani oleh Chow Kon Yeow dan Zahrain bin Mohd Hashim di Georgetown pada Selasa, 7 Julai 2009:

DAP dan PKR Pulau Pinang mencapai kata sepakat dalam mesyuarat DAP-PKR

Adalah dimaklumkan bahawa pemimpin-pemimpin DAP dan PKR peringkat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat telah mencapai kata sepakat mengenai beberapa perkara penting dengan tujuan untuk mengorak langkah ke depan dalam usaha-usaha memperkasakan semangat bermuafakat demi perjuangan politik bersama menerusi Pakatan Rakyat.

DAP dan PKR telah bersetuju mencadangkan YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan mesyuarat akan mengadakan setiap bulan.

Mengenai isu Kampung Buah Pala, DAP dan PKR berpendapat bahawa kedua-dua parti turut menaruh keyakinan penuh ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan YAB Tuan Lim Guan Eng dalam usaha untuk menyelesaikan segala kesulitan bersabit isu tersebut secara sempurna tanpa menggadaikan prinsip-pninsip asasi seperti keadilan, keharmonian sosial dan kesamarataan hak tanpa mengira kaum dan budaya.

Mesyuarat DAP-PKR juga sependapat bahawa mesyuarat inter-parti akan dikerapkan pada masa akan datang supaya mencapai strategi bersama untuk memerangi segala hasutan dan serangan musuh politik, iaitu Barisan Nasional.

Sekian.


* Chow Kon Yeow, Naib Pengerusi DAP & Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Zahrain bin Mohd Hashim, Pengerusi PKR Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional