red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh M. Kula di Ipoh pada Jumaat, 6 Mac 2009:

M.Kula kesal, lagi siasatan polis terhadap Speaker DUN Perak

Hari ini, 6 Mac 09, saya dan Peguam Speaker DUN Perak Augustine Anthony kelihatan masuk ke Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh pada jam lebih kurang 11.00 pagi.

Ini adalah susulan notis yang dikeluarkan oleh polis dibawah seksyen 111 Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code) untuk menghadiri siasatan terhadap berkenaan kes pengyantungan YB Dato Zamry dan 6 ADUN Barisan Nasional.

Saya menjelaskan bahawa tujuan saya bersama peguam hadir dijabatan jenayah adalah untuk memaklumkan bahawa Speaker DUN perak tidak dapat hadir untuk menjalankan siasatan memandangkan beliau sedang bercuti rehat.

Seterusnya saya juga berkata bahawa saya perlu hadir di jabatan siasatan jenayah untuk memberi penjelasan supaya tiada sebarang salah tangkapan bahawa Speaker DUN tidak ingin berkerjasama dengan pihak berkuasa dengan nada yang kesal memandangkan saya sendiri terpaksa menangguhkan segala temujanji penting hari ini untuk bagi menghadiri di pejabat polis. Ini juga boleh dianggap sebagai satu unsur kacau-ganggu.

Menurut peguam Augustine Anthony yang hadir bersama di pejabat polis, beliao juga turut kesal dimana peruntukkan-peruntukkan undang undang dibawah CPC tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Menurut beliau, notis dibawah seksyen 111, perlulah diserahkan kepada individu yang dipanggil untk siasatan dan bukannya kepada ataupun diserahkan kepada kerani ataupun pada pihak ketiga yang bekerja di pejabat speaker.

Augustine juga hujar, bahawa sebagai amalan notis yang dibawah seksyen 111, perlukah diserahkan kepada pihak yang disiasat dengan memberikan secukup masa untuk menjaminkan kehadiran di pejabat polis.

Menurut notis seksyen 111 ini, yang penyerahannya dilakukan dipejabat speaker pada pukul lebih kurang 3.00 petang pada 5 haribulan Mac 09, dimana menghendaki hadiran speaker pada 9.00 pagi pada 6 haribulan Mac 09.

Berikutan notis itu, hujar Augustine bahawa masa yang diberikan kepada speaker adalah terlalu singkat dan mengharapkan pihak polis lebih berprofessional dalam penyerahan notis-notis seperti ini kepada bukan saja pada speaker tetapi pada mana-mana pihak yang lain.

Saya merayu sekali lagi kepada BN supaya menghormati sistem demokrasi kita dan bersetujulah membubarkan DUN supaya pilihanraya DUN Perak dapat diadakan untuk membolehkan rakyat memilih kerajaan pilihan rakyat.


* M. Kula Segaran, Naib Pengerusi DAP & Ahli Parlimen Ipoh Barat

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional