red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Speech by Lim Guan Eng at a private investment briefing for fund managers at G hotel on Thursday, 19th March 2009: 

Penang confirmed as attracting RM10.2 billion in investment for 2008 that well help create jobs 

Penang has once again been confirmed as receiving RM10.2 billion in investments for 2008 that will help create 22,215 jobs(see table). This was stated by the Minister of International Trade of Industry(MITI) Tan Sri Muhyiddin Yassin in a written reply to me in Parliament. Previously certain irresponsible parties in the opposition have cast doubts on the present Penang state government’s success in attracting foreign investments. Clearly to doubt the Penang government success in recording the highest investment figures in the history, breaking the RM10 billion mark, is to doubt that MITI figures.

My oral question to the Minister of International Trade of Industry on 16.3.2009 is as follows:

“…minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MENYATAKAN jumlah pelaburan luar negeri di antara MITI dan UNCTAD, apakah jumlah pelaburan asing dan tempatan untuk 2008 dan 2007 dan berikan pecahan negeri, bolehlah diasingkan mengikut sektor teknologi tinggi, bio-teknologi, teknologi hijau, halal dan perkhimatan profesional/software atau shared services.”

In his written reply released to me, the Minister of International Trade of Industry(MITI) Tan Sri Muhyiddin Yassin said:-

“Jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan oleh MITI/MIDA pada tahun 2007 adalah RM59.9 billion. Daripada jumlah tersebut, RM33.4 bilion (55.8 peratus) merupakan pelaburan langsung asing dan RM26.5 billion (44.2 peratus) adalah pelaburan tempatan.

Bagi tahun 2008 pula, jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan meningkat sebanyak 4.8 peratus kepada RM62.8 bilion berbanding tahun 2007. Daripada jumlah kelulusan tersebut, RM46.1 bilion (73.4 peratus) merupakan pelaburan langsung asing dan RM16.7 bilion ( 26.6 peratus) adalah pelaburan tempatan.

Pelaburan yang diluluskan pada tahun 2008 dan 2007 melebihi sasaran pelaburan tahunan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) iaitu sebanyak RM27.5 bilion.

Merujuk kepada laporan awal (preliminary report) yang dikeluarkan oleh United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) pada 19 Januari 2009. Malaysia telah merekodkan kenaikan kemasukan FDI sebanyak 53.4 peratus kepada RM46.4 bilion pada tahun 2008 berbanding RM30.3 bilion pada tahun 2007. Laporan awal yang dikeluarkan oleh UNCTAD tersebut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan penerima pelaburan langsung asing tertinggi bagi rantau ini berbanding negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Dari segi nilai pelaburan yang diluluskan mengikut negeri, bagi tahun 2008, negeri Sarawak mencatatkan tahap pelaburan tertinggi sebanyak RM15.2 bilion, diikuti oleh Selangor (RM11.9 bilion), Johor (RM11.7 bilion), Pulau Pinang (RM 10.2 bilion )dan Melaka (RM3.6 bilion).

Bagi tahun 2007 pula , negeri Kedah mencatatkan nilai pelaburan tertinggi sebanyak RM 14.0 bilion diikuti oleh Selangor (RM 11.2 bilion), Johor (RM9.2 bilion), Terengganu (RM 6.2 bilion ) dan Pulau Pinang (RM 4.8 bilion).

Bagi tahun 2008, sub-sektor yang telah menerima kemasukan pelaburan yang tertinggi adalah Produk Logam Asas (RM 25.8 bilion), Produk Elektronik dan Elektrikal (RM17.8 bilion), Kelengkapan Pengangkutan (RM2.9 bilion), Pembuatan Makanan (RM2.8 bilion) dan Produk Petroleum (termasuk petrokimia)(RM2.7 bilion).

Bagi tahun 2007 pula, lima sub-sektor yang telah menerima pelaburan yang tertinggi adalah Produk Elektronik dan Elektrikal (RM 15.1 bilion), Produk Petroleum (termasuk Petrokimia)(RM13.8 bilion), Produk Logam Asas (RM 12.1 bilion), Kimia dan Produk Kimia (RM3.8 bilion) dan Kertas, Percetakan dan Penerbitan (RM2.9 bilion).”

APPROVED MANUFACTURING PROJECTS IN PENANG BY STATUS, 2008
STATUS Number Potential Employment Domestic Investment(RM) Foreign Investment(RM) Total Capital Investment(RM)
New 84 9,832 539,396,540 2,886,285,371 3,425,681,911
Expansion/ Diversification 67 12,383 4,529,323,990 2,201,295,512 6,730,619,502
TOTAL 151 22,215 5,068,720,530 5,087,580,883 10,156,301,413

* Lim Guan Eng, DAP Secretary-General & Penang Chief Minister; Member of Parliament for Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional