red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar Farizan Darus di Komtar pada Jumaat, 6 November 2009:

Kerajaan Negeri mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas teguran-teguran Ketua Audit Negara 2008 terhadap penyelenggaraan kereta rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas teguran-teguran Ketua Audit Negara 2008 terhadap penyelenggaraan kereta rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pembelian sebuah notebook komputer sebanyak RM 42,320.00 oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Balik Pulau tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri.

Siasatan dalaman oleh Jabatan Kewangan Negeri telah menunjukkan tidak ada unsur penyelewengan untuk kes-kes mulai 2004 dan Kerajaan Negeri telah dan bersedia bekerjasama dengan SPRM. Jabatan Kewangan juga sedia bekerjasama dengan SPRM menyiasat mengapa overhaul kereta Mercedes Benz PG 1 kereta rasmi Y.A.B. Ketua Menteri yang dijalankan pada 11 Januari 2008 dengan kos RM64,722.


* Farizan Darus, Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional