red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan media oleh Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar, George Town pada hari Jumaat, 13hb Ogos 2010:

Ketua Menteri Pulau Pinang meminta Karpal Singh & Co mempertimbangkan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah Ketua Menteri mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah meminta peguamnya, Karpal Singh & Co, mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar. Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan dan Mingguan Malaysia mulai 7-11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang Bazar Ramadan.

Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan. Hanya pengelola, Komtar Merchants Association vice-chairman Mohamad Ghani Abdul Jiman, dilarang masukkan kedai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation(PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa? Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telah pun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini.

Demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telah pun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas. Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun di bayar kepada PDC.

Bukan kali pertama Utusan Malaysia tipu dan bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu. Contohnya Utusan Malaysia terus menyiarkan berita palsu bahawa Perarakan Maulud diharamkan sungguhpun ia telah berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah sejak Pakatan Rakyat memerintah pada 8 Mac 2008.

Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-PR. Akan tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia.

Ketua Menteri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar.


* Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional