red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://pgforward.blogspot.com 

 

 

Kenyataan Media oleh Ng Wei Aik di George Town pada Jumaat, 8hb Januari 2010:

Tindakan membakar gereja jahat dan jahil

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya perbuatan jahat dan jahil membakar gereja di Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Kami mengecam sebarang tindakan keganasan ke atas mana-mana pihak, terutamanya ke atas golongan yang berlainan kepercayaan agama. Keganasan sebegini adalah tindakan yang tidak bermoral dan patut ditolak sama ada di bumi Palestin ataupun di ibu kota Malaysia.

Kami juga memegang Perdana Menteri Najib Tun Razak dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri Hishammudin Tun Hussein bertanggungjawab sebab gagal sama sekali menenteramkan keadaan malah telah mengapi-apikan sentimen keagamaan berikutan isu kalimah "Allah".

Pemuda Sosialis DAP juga menyeru parti-parti komponen Barisan Nasional untuk tampil mengecam tindakan membakar gereja tersebut. Barisan Nasional juga sepatutnya mendukung usul Pakatan Rakyat yang menyeru ke arah perbincangan sebagai langkah menyelesaikan isu kalimah “Allah”.

Tindakan matang pemimpin Pakatan Rakyat - DAP, PAS dan PKR - menunjukkan politik baru berbentuk progresif dengan minda terbuka serta bertentangan dengan politik perkauman dan assabiyah UMNO-Barisan Nasional.


* Ng Wei Aik, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional