red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://votecharles.wordpress.com 

 

 

Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada Jumaat, 15hb Januari 2010:

Menteri Dalam Negeri abai keselamatan rakyat Klang

Ketua Polis Selangor Dato’ Khalid Abu Bakar mengumumkan pada 10 Jan 2010, projek pembahagian ibu pejabat polis daerah Klang kepada dua, iaitu ibu pejabat polis daerah Klang utara dan ibu pejabat polis daerah Klang selatan, yang sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun ini, telah ditangguhkan kerana kesuntukan kewangan.

Beliau berkata, penubuhan sebuah ibu pejabat polis perlu berjuta-juta ringgit, termasuklah sewa rumah kedai, renovasi, pembelian infrastruktur dan perabot.

Kenyataan Ketua Polis Selangor memang memeranjatkan, sejak tahun 2008, pihak polis telah memberitahu rakyat Klang bahawa projek ini akan dilaksanakan dan bilangan anggota polis akan ditambahkan untuk membanteras jenayah di kawasan Klang.

Jika projek ini telah dirancangkan dan satu tarikh tamat telah ditetapkan, ia mesti telah diperuntukkan kewangan yang mencukupi. Pengumuman Ketua Polis Selangor membangkitkan soalan : Di manakah peruntukan kewangan bagi projek ini? Adakah peruntukan ini ditarik balik daripada kawasan pakatan rakyat, ataupun disalurkan kepada projek lain? Mana satu projek lebih penting daripada memperuntukan sumber untuk menjaga keselamatan rakyat?

Alasan kesuntukan kewangan amat tidak masuk akal kerana kerajaan pusat telah memperuntukkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM67 billion, mengapakah projek pembangunan di dalam senarai boleh hilang selepas aliran masuk sumber kewangan lagi banyak daripada pakej rangsangan ekonomi?

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mesti menjelaskan langkah ini, adakah beliau ingin sabotaj dan menganaktirikan Klang dengan mengabaikan rakyat Klang hidup dalam satu perkitaran yang selamat dan selesa?

Langkah ini ialah satu set back kepada petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI) Perdana Menteri iaitu mengurangkan jenayah indeks dengan memberi tumpuan kepada jenayah jalanan dengan sasaran pengurangan sebanyak 20% menjelang penhujung tahun 2010.

Dalam jawapan parlimen November 2009, Kementerian Dalam Negeri mengaku Klang telah dikenalpasti sebagai salah satu kawasan yang kerap berlakunya jenayah atau hotspot di Selangor.

Kementerian juga berkata ia telah melaksanakan strategi menempatkan lebih ramai anggota polis untuk menjalankan tugas-tugas rondaan termasuklah anggota polis pasukan gerakan am khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Usaha juga sedang dilaksanakan untuk memasang 16 unit kamera litar tertutup (CCTV) baru di kawasan parlimen Klang berdasarkan lokasi yang dikenalpasti oleh PDRM.

Dengan menempatkan lebih ramai anggota polis untuk rondaan dan memantau CCTV, Kementerian memang perlu meningkatkan infrastruktur bagi pasukan polis kawasan Klang, projek pembahagian ibu pejabat polis klang kepada dua harus dilaksanakan untuk merealisasikan strategi ini dan petunjuk prestasi utama nasional kerajaan.

Saya menyaran agar Menteri Dalam Negeri mengkaji semula keputusan ini dan memastikan projek pembangunan ini dilaksanakan dalam tahun ini. Saya juga menggesa Kementerian Dalam Negeri menstruktur semula dan membawa modenisasi kepada PDRM dengan mengurangkan anggota polis dalam unit FRU, cawangan khas dan pengurusan, memindahkan anggota-anggota ini ke jabatan siasatan jenayah.

Ini bermaksud, Kementerian Dalam Negeri mesti memastikan PDRM berkhidmat kepada rakyat dan bukan berkhidmat kepada tujuan politik.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional