red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://votecharles.wordpress.com/ 

 

 

Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Selasa, 26hb Januari 2010:

Mendedahkan proses membuat keputusan meroboh hentian teksi Klang

Saya merakamkan kekesalan terhadap perobohan hentian teksi Lorong Kepayang yang terletak di sebelah Stesen Bas Klang lama pada awal pagi 1am 20hb Jan 2010.

Menurut Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, MPK telah berjanji tidak meroboh hentian teksi ini, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi juga telah memberi arahan kepada pihak MPK supaya mengemukakan laporan mengenai perkara ini dengan kadar segera pada 14hb Jan 2010.

Saya berharap MPK mendedahkan kepada rakyat Klang dan pemandu-pemandu teksi proses mmbuatan keputusan perobohan ini dan siapakah yang memberi arahan meroboh hentian teksi.

Adakah sesiapa ingin sabotaj urus tadbir kerajaan tempatan supaya pengundi menjauhi diri daripada Pakatan Rakyat? Tindakan ini memang menentang prinsip demokrasi dan kerajaan berpusat rakyat yang didukungi oleh Pakatan Rakyat. Pejabat Menteri Besar harus membuat siasatan sepenuhnya terhadap isu ini.

Saya memandang robohan hentian teksi ini bukan kejadian tunggal tetapi sebahagian daripada siri usaha kerajaan tempatan untuk menutupi stesen bas klang lama ini sejak Disember 2008.

Maklumat daripada MPK mengatakan kebanyakan Ahli Majlis telah setuju untuk menutupi stesen bas klang lama ini dengan alasan ia menyebabkan kesesakan lalulintas dan inilah cara yang paling baik memaksa semua syarikat bas dan teksi pindah ke Klang Sentral.

Saya ingin menekankan sekali lagi, kesesakan lalulintas adalah diakibatkan oleh projek naiktaraf jalan FT5 di pusat bandar, kewujudan stesen bas bukan punca utama. Pemaksaan perpindahan dan tutup hentian bas lama tidak akan selesai masalah ini kerana kekurangan pengguna bas dan teksi di sekitar Klang Sentral ialah satu hakikat.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional