red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://votecharles.wordpress.com 

 

 

Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Khamis, 28hb Januari 2010:

Penubuhan jawatankuasa bebas untuk mengkaji stesen bas lama Klang, Klang Sentral dan pengangkutan awam di persekitaran Klang

Kontroversi perpindahan stesen bas ke Klang Sentral telah mengakibatkan bantahan berterusan daripada pengguna bas, peniaga-peniaga dan wakil rakyat. Isu ini tidak dapat diselesaikan dengan menutup stesen bas lama dan memaksa semua operator bas berpindah ke Klang Sentral. Operasi selama satu tahun di Klang Sentral menunjukkan stesen bas baru ini tidak ada pengguna bas dan perniagaan yang mencukupi maka mereka terpaksa balik ke stesen bas lama.

Saya mencadangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim menubuhkan satu jawatankuasa bebas (Independent committee) untuk mengkaji kesesuaian dan keperluan kedua-dua stesen bas ini sebagai bahagian penting sistem pengangkutan awam di kawasan Klang.

Ahli-ahli jawatankuasa harus terdiri daripada Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung dengan pengangkutan awam misalnya TRANSIT dan perancang bandar berprofesional. Ahli-ahli politik, wakil rakyat dan pegawai MPK tidak patut menyertai jawatankuasa ini supaya kajian yang dihasilkan adalah objektif, profesional dan memenuhi keperluan pengguna bas.

Cadangan penutupan stesen bas lama akan mendatangkan kesan negatif besar kepada sistem pengangkutan awam di kawasan Klang, ia menghasilkan impak kepada golongan berpendapatan rendah yang amat bergantung kepada pengangkutan awam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor harus memandang perkara ini secara serius dan memegang teguh kepada prinsip-prinsip demokrasi and ketuanan rakyat, serta berprofesional dalam perancangan pengangkutan awam tempatan.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional