red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://holeng.dapsarawak.com/ 

 

 

Ucapan oleh Wong Ho Leng semasa menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 2010 di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 1hbJulai 2010:

Perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna 2010

Dalam kehidupan kita, bukan semua peniaga adalah jujur. Mungkin, mereka tidak bermaksud hendak bersikap tidak jujur, tetapi mereka tidak mematuhi undang-undang. Ini mungkin disebabkan kekurangan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Oleh yang demikian, kita perlu melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang tidak berprinsip dan tidak jujur supaya mereka tidak perlu membayar selebihnya.

3 bulan yang lepas, saya berada di LCCT, saya mahu check-in bagasi saya. Bagasi itu seberat 18 kg, dan saya diminta untuk membayar berat bagasi yang berlebihan. Walau bagaimanapun, apabila bagasi saya dihantar ke belakang penimbang, saya baru sedar bahawa bagasi saya hanya seberat 14 kg.

Mengapakah berat bagasi berbeza apabila ia diletak di belakang penimbang?

Apabila saya menanya pegawai di kaunter daftar masuk sama ada penimbang itu telah diperiksa dan disahkan setiap tahun, beliau berkata bahawa beliau tidak boleh memberitahu saya.

Saya sedar bahawa tiada cap pada penimbang itu yang menunjukkan bahawa pihak berkuasa telah memeriksa dan mengesahkan penimbang itu.

Bolehkah saya mendapatkan maklumat daripada Menteri sama ada ini ialah tugas setiap peniaga untuk memeriksa dan mengesahkan penimbang yang digunakan oleh mereka dalam perniagaan setiap tahun? Bolehkah Menteri memberitahu dewan yang mulia ini apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan kewajipan ini di semua lapangan terbang dalam negara ini? Ini adalah penting kerana kelakuan yang cuai atau tidak jujur akan menjejaskan reputasi antarabangsa negara kita.

Jika penimbang-penimbang di lapangan terbang tidak diperiksa dan disahkan setiap tahun, kamu cuba bayangkan berapa ramai penumpang yang perlu membuat bayaran yang berlebihan! Tiket penerbangan amat mahal sekarang.

Masalah itu tidak timbul di LCCT sahaja. Saya diberitahu bahawa penimbang-penimbang yang digunakan untuk menimbang bagasi tangan di Lapangan Terbang Sibu juga tidak dicapkan. Ini bermaksud bahawa ia adalah tidak sah untuk digunakan dari sisi undang-undang. Saya menyeru Menteri supaya menyiasat perkara ini.

Saya pasti masalah yang sama telah dihadapi oleh pengguna-pengguna biasa. Saya diberitahu bahawa setiap tahun, kira-kira 10-20% penimbang perlu ditentukur kerana penimbang-penimbang ini adalah tidak tepat.

Jika penimbang-penimbang tidak disahkan dan ditentukur secara wajar, pelanggan-pelanggan perlu membayar untuk sesuatu yang tidak harus dibayar. Kehidupan kini memang susah, apabila harga barangan terus menaik.

Untuk memastikan pengguna-pengguna tidak ditipu, Kementerian harus memastikan semua peniaga menunjukkan pelekat atas penimbang untuk menandakan penimbang-penimbang itu telah diperiksa dan disahkan setiap tahun.


* Wong Ho Leng , Pengerusi DAP Negeri Sarawak & Ahli Parlimen Sibu

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional