red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Surat oleh Lim Guan Eng yang dihantar kepada Perdana Menteri pada hari Jumaat, 12hb Mac 2010: 

Cadangan mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di Negeri Pulau Pinang 

12 Mac 2010

YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
No. Fax: 03-8888 3973

Yang Amat Berhormat,

CADANGAN MENGADAKAN PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN DI NEGERI PULAU PINANG

Dengan segala hormatnya kami memohon satu perjumpaan dengan YAB Dato' Sri untuk membincangkan perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan supaya pilihanraya kerajaan tempatan diadakan untuk pemilihan Ahli-Ahli Majlis Perbandaran. Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Kerajaan Negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk menjalankan pilihanraya lain daripada Pilihanraya Umum.

Kami sedar YAB Dato' Sri mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihanraya kerajaan tempatan tetapi memang terbukti amalan demokrasi akar umbi telahpun membolehkan urustadbir yang lebih cekap, akauntable dan telus berbanding dengan sistem perlantikan. Amalan antarabangsa menunjukkan tren ini dengan 101 daripada 192 buah negara-negara Bangsa-Bangsa Bersatu mengamalkan sistem pilihanraya kerajaan tempatan.

Kami telahpun menulis kepada YBhg Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd. Yusof, Pengerusi Suruhanhaya Pilihanraya Malaysia mengenai perkara tersebut dan menunggu jawapan daripadanya. Sesalinan surat berkenaan bertarikh 4 Mac, 2010 dikepilkan untuk rujukan YAB Dato' Sri.

Kami bersedia berjumpa dengan YAB Dato' Sri pada bila-bila masa untuk menjelaskan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Dengan ikhlas,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

 

*Lampiran surat yang dihantar kepada Perdana Menteri(PDF)

*Lampiran surat yang dihantar kepada Pengerusi SPR (PDF)


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional