red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng di George Town pada hari Rabu, 24hb Mac 2010: 

Dengan pengutipan hasil Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebanyak RM101.68 juta yang merangkumi 10% daripada jumlah hasil yang diperolehi oleh lapangan terbang-lapangan terbang lain di Malaysia, adalah perlu bagi Kementerian Pengangkutan untuk membina satu lagi landasan kapal terbang di LTAB Bayan Lepas 

Dengan pengutipan hasil Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebanyak RM101.68 juta yang merangkumi 10% daripada jumlah hasil yang diperolehi oleh lapangan terbang-lapangan terbang lain di Malaysia, adalah perlu bagi Kementerian Pengangkutan untuk membina satu lagi landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menampung keperluan yang meningkat serta mempertahankan angsa emas yang membawa hasil kepada negara.

Semasa sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan prestasi kewangan LTAPP dan setiap lapangan terbang untuk tahun lepas, serta menyatakan kemajuan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM250 juta sama ada tender terbuka dijalankan, kontraktor dipilih, tarikh mula dan siap.

Jawapan Lisan yang diberikan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, beliau menyatakan bahawa:

“Bagi tahun 2009, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM101.68 juta. Manakala jumlah hasil yang diperolehi dari lapangan terbang-lapangan terbang lain pula adalah sebanyak RM1.15 billion.”

Dalam jawapan yang sama, Menteri Pengangkutan juga mengatakan bahawa pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menguruskan proses Tender Terbuka yang dijangka akan selesai pada bulan April 2010 ini. Apabila urusan tersebut selesai, kerja-kerja pembinaan dijadualkan akan bermula pada Julai 2010 dan siap pada Disember 2011.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional