red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://liewchintong.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Liew Chin Tong di Parlimen pada hari Isnin, 22hb November 2010:

Majlis Ekonomi Negara: Tsu Koon dan wakil-wakil Sabah dan Sarawak juga harus dilantik

Saya ingin mengalukan-alukan pelantikan presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek ke Majlis Ekonomi Negara (National Economic Council) yang diumumkan oleh beliau sendiri pada Sabtu yang lalu.

Keputusan kerajaan tersebut jelasnya adalah respon kepada desakan saya bahawa Majlis tersebut merupakan Kabinet UMNO dalam Kabinet Malaysia pada Oktober yang lalu dan usaha sia-sia untuk membaikpulih imej majlis tersebut.

Menurut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan saya di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2010, Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan, dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Pada 10hb November 2010, saya telah menanya Yang Berhormat Tan Sri Koh Tsu Koon di Dewan Rakyat kenapa beliau dikecualikan dalam Majlis Ekonomi Negara ini memandangkan beliau adalah Menteri yang terkanan selepas Timbalan Perdana Menteri, di mana jawapan beliau tidak memuaskan

Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]: Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja. Yang Berhormat Menteri menyebut tentang National Economic Council ataupun Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya terima jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri minggu lepas bahawa jawatan council ataupun majlis ini ditubuh atau dianggotai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Menteri MITI, Yang Berhormat Menteri JPM dari Tasik Gelugor dan Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, kenapa Yang Berhormat Menteri sendiri dikecualikan dalam Majlis Ekonomi Negara ini memandangkan Yang Berhormat adalah Menteri yang terkanan selepas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri? Terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Ya. Tuan Pengerusi, inilah caranya beliau hendak cuba hendak hasut ini. [Dewan riuh] Tuan Pengerusi, anggota anggota Majlis Ekonomi Negara ini dilantik mengikut portfolio yang relevan. Apa yang penting...

Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]: Akan tetapi Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala masuk.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Apa yang penting ialah Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala masuk kerana beliau CEO PEMANDU dan beliau ini...

Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera]: TetapiYang Berhormat (Koh Tsu Koon) Pengerusi PEMANDU¡­

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Nanti, nanti. Beliau membawa - janganlah - Yang membawa pengalaman beliau dari sektor korporat untuk bersama. Saya ingat itu tidak jadi isu siapa yang masuk, siapa tidak masuk. Saya sudah berada dalam Majlis Tindakan Negara, Yang Berhormat Dato' Sri Idris Jala tidak masuk. Apa halnya? So, saya ingat inilah caranya sebab itu parti-parti pembangkang sekarang ini kecoh, gaduh. Saya ingat itulah. Saya tidak mahu jawab yang itu.

Di samping mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Chua Soi Lek atas pelantikan beliau, saya ingin menegaskan bahawa Majlis tersebut masih tidak melambangkan kepelbagaian suara kerana ia masih tidak melibatkan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional yang lain, khususnya Tan Sri Koh Tsu Koon, presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, dan wakil-wakil parti dari Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, ia masih tidak menggambarkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak diwakili secara adil oleh semua masyarakat dan kaum yang terlibat dalam aktiviti ekonomi, perdagangan dan industri negara. Ia juga dengan kesalnya menunjukkan bahawa suara-suara Sabah dan Sarawak tidak diambil berat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon dan wakil-wakil Sabah dan Sarawak harus dilantik ke Majlis Ekonomi Negara.


* Liew Chin Tong, Setiausaha Antarabangsa DAP & Ahli Parlimen Bukit Bendera

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional