red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada hari Khamis, 25hb November 2010: 

Bendera Negeri Pulau Pinang perlu dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas pemergian mendiang Tun Dato' Seri Utama Dr. Lim Chong Eu sehingga hari pengebumiannya 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 1.6 juta rakyat negeri ini berkabung atas pemergian mendiang Ketua Menteri Pulau Pinang kedua, Tun Dato' Seri Utama Dr. Lim Chong Eu. Saya telah mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk mengibarkan bendera separuh tiang sehingga hari pengebumian mendiang sebagai tanda berkabung di atas kehilangan beliau.

Semua bendera Negeri Pulau Pinang di institusi-institusi Kerajaan Negeri akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas pemergian Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling lama berkhidmat dan merupakan bapa kepada transformasi ekonomi pada aspek industri dan modenisasi Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Dr. Lim Chong Eu.

Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Rahim Seman supaya mengarahkan semua jabatan kerajaan Persekutuan dan sekolah-sekolah untuk mengibarkan bendera Pulau Pinang separuh tiang sehingga majlis pengebumian mendiang sebagai tanda menghormati tokoh politik yang telah memartabatkan Pulau Pinang. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan menguruskan upacara pengebumian mendiang berasaskan persetujuan daripada pihak keluarga. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersedia memberi laluan kepada kerajaan Persekutuan untuk menjalankan pengebumian peringkat kebangsaan sebagai menghormati sumbangan mendiang yang tidak ternilai.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional