red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://ipohbaratvoice.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh M.Kula Segaran di Ipoh pada hari Jumaat, 1hb Oktober 2010:

Pelepasan jawatan oleh Dato Seri Samy Vellu sebagai Presiden MIC pada bulan Januari 2011 yang akan datang bermakna suatu halangan yang besar telah dihapuskan dan kemungkinan besar pilihanraya gempar akan diadakan pada bulan Mac 2011

Dato Seri Samy Velu telah mengumumkan pelepasan jawatannya daripada Presiden MIC pada bulan Januari 2011 yang akan datang, ini bermakna suatu halangan yang besar telah dihapuskan di dalam parti MIC. Juga bererti kemungkinan besar pilihanraya gempar akan diadakan pada bulan Mac 2011.

Samy Velu bukannya presiden yang pertama daripada komponen parti Barisan Nasional (BN) berdepan dengan kekalahan dalam pilihanraya umum.

Tun Lim Chong Yu daripada Parti Gerakan juga pernah dikalahkan dalam pilihanraya umum sebelum ini , namun beliau memilih satu langkah yang terhormat dan menggemukaan persaraannya.

Memang menjadi kenyataan bahawa keengganan Samy Velu untuk bersara dengan cara yang terhormat telah membawa kemunduran dan kekalahan kepada parti MIC pada pilihan raya umum pada tahun 2008.

Samy Velu yang terlalu lama sandar sebagai Presiden telah menyebabkan penghinaan kepada parti daripada masyarakat sehinggakan BN menderita. Oleh yang demikian para pemimpin BN telah memberi pandangan supaya memanggil beliau untuk bersara daripada politik dan tidak bersesuaian dengan komponen.

Pada tahun 2009, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pernah menegur Samy Velu kerana beliau mempunyai liabiliti terhadap kemunduran komponen BN serta harus melepaskan jawatannya demi kebaikan Barisan Nasional.

Mahathir juga mengatakan bahawa Samy Velu harus mengundur kerana kegagalan beliau dalam mempertahankan kerusinya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya umum 2008.

Mengikut laporan Mahathir "Di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal dalam kemenangannya, maka mereka akan berundur diri secara sukarela. Di Jepun pula seseorang pemimpin yang gagal akan membunuh diri (harakiri), di sini kami tidak meminta Samy Vellu untuk melakukan "harakiri" tetapi berundur.

"Samy telah gagal untuk memimpin MIC sehinggakan kehilangan kerusi sendiri."

"Prestasi Samy adalah lebih buruk daripada Pak Lah (Abdullah), namun demikian beliau masih tidak mahu menyerahkan jawatannya."

Tambahan pula, "beliau harus mengundurkan diri kerana beliau menjadi penyebab utama hal-hal parti dan politik berterusan sehingga tahap ini."

Peringatan bekas Perdana Menteri diketepikan dan ditolak oleh Samy akibatnya beliau terpaksa mengira hari kehilangan kerusi parlimennya.

Semalam, pengumuman terakhir Samy Velu mengenai persaraan adalah satu isu yang tidak mengejutkan kepada masyarakat.

Ramai yang bertanyakan kenapa beliau perlu menunggu bagi masa ynag agak lama untuk membuat keputusan. Ianya harus dilakukan selepas saja hari pilihanraya umum pada tahun 2008.

Spekulasi yang menyatakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen tahun depan adalah satu rancangan untuk menghapuskan satu halangan yang besar dalam parti MIC.

Adakah Samy Velu benar-benar bersara? Atau beliau memastikan semua kroni-kroninya ditempatkan dalam kedudukan serta bertindak disebalik tirai?


* M. Kula Segaran, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Ipoh Barat

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional