red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan media bersama oleh Dr. Boo Cheng Hau dan Ong Kow Meng di Skudai pada hari Selasa, 7 hb September 2010:

Berita bertajuk "Hudud: DAP Sambut Baik" tidak memaparkan pandangan menyeluruh

Akhbar Sinar 5hb September 2010 telah menerbitkan di m/s J3 berita bertajuk "Hudud : DAP Sambut Baik".

Kami dengan ini ingin menjelaskan bahawa berita yang disiarkan tidak memaparkan pandangan menyeluruh kami terhadap soalan yang diajukan pemberita suratkhabar Sinar.

Kami ingin menjelaskan bahawa pendirian DAP adalah kami berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara dan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Apa-apa perubahan dan/atau pindaan termasuk sistem perundangan yang memerlukan persetujuan Dewan Rakyat. Selanjutnya isu perlaksanaan Hudud juga tidak termasuk dalam Common Policy Framework Pakatan Rakyat.

Akhirnya, adalah pendirian kami bahawa jenayah boleh dicegah dan ditangani tanpa perubahan kepada sistem perundangan yang sedia ada sekiranya undang-undang yang sedia ada sekiranya dikuatkuasakan secara adil, saksama dan telus.


* Dr. Boo Cheng Hau, ADUN Skudai & Ong Kow Meng, ADUN Senai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional