red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Memorandum oleh Leong Kwan Yew kepada Perdana Menteri pada hari Khamis, 14hb April 2011:

Memorandum: Membekal elektrik dan air bersih serta melantik seorang ketua rumah bagi Kampung Merasam Barat Limbang

Y.A.B. DATO' SRI HJ MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan,
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

14 April 2011

Yang Amat Berhormat,

MEMORANDUM: MEMBEKAL ELEKTRIK DAN AIR BERSIH SERTA MELANTIK SEORANG KETUA RUMAH BAGI KAMPUNG MERASAM BARAT LIMBANG

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.

2. Kami ingin menyampaikan rintihan daripada penduduk-penduduk Kampung Merasam Barat Limbang supaya kerajaan boleh membekalkan elektrik dan air bersih kepada penduduk di kampong tersebut.

3. Untuk makluman Y.A.B. kampung tersebut tidak dapat bekalan elektrik dan air bersih selama 6 tahun. Semasa kami melawat ke kampong ini, kami difahamkan komuniti yang mempunyai seramai 150 orang ini jauh ketinggalan dalam pembangunan. Segala rayuan dan permohonan yang dikemukakan sejak enam tahun yang lalu telah diabaikan.

4. Di samping itu, permohonan mereka untuk melantik seorang ketua rumah panjang juga belum diselesaikan.

5. Penduduk-penduduk di rumah panjang tersebut berasa amat kecewa kerana mereka terpinggir dalam pembangunan yang dialu-alukan oleh Y.A.B.

6. Prihatin dan jasa baik Y.A.B. untuk mengatasi masalah kampung tersebut amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Kami berharap Y.A.B. dapat memberi perhatian mengenai perkara tersebut. Jasa baik Yang Amat Berhormat amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Leong Kwang Yew
Pengerusi DAP Limbang


* Leong Kwng Yew, Pengerusi DAP Limbang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional