red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 7hb April 2011: 

Datuk Seri Abu Kassim Mohamed digesa supaya mengundurkan diri sebagai Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed diselesaikan  

DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim berundur daripada memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed diselesaikan. DAP menghormati usaha Datuk Seri Abu Kassim untuk cuba membersih dan mengembalikan beberapa profesionalisme ke dalam SPRM yang telah hilang kepercayaan daripada rakyat selepas kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock yang pada ketika itu adalah di bawah mantan Pesuruhjaya SPRM.

Datuk Seri Abu Kassim dilihat kurang berjaya dalam pelaksanaannya kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap "double-standard" badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Namun tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim selama ini yang inginkan kelainan. Semua kenyataan Datuk Seri yang bersifat provokasi sememangnya tidak boleh diabaikan.

Kenyataan Datuk Seri Abu Kassim sesungguhnya berniat jahat dan penuh muslihat berikutan kenyataan berunsur jahat seperti "saya berharap kematian seperti ini tidak dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan peribadi". Kenyataan provokasi itu bukan sahaja mempamerkan perasaan bersalah malahan cubaan untuk menghentikan individu lain daripadaa terus berjuang mencari kebenaran dan keadilan atas kematian trajis yang berlaku di SPRM.

SPRM sedar bahawa tiada siapa selain SPRM yang harus dipersalah dan dipertanggungjawabkan ke atas tragedi kematian tragis yang terbaru di SPRM ini. Untuk menggambarkan ia sebagai "eksploitasi dan manipulasi", mereka yang menjalankan kebenaran dan keadilan ke atas kematian trajis ini adalah amat tidak bertanggungjawab. Rakyat tidak akan mempercayai janji SPRM yang kononnya akan memulakan siasatan dalaman yang menyeluruh ke atas kematian yang terbaru ini sedangkan sehingga kini tiada sebarang penjelasan atau sifat bertanggungjawab mereka ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Atas sebab dan alasan ini, 3 pendekatan baru diperlukan bagi memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu. Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi menyiasat kematian tragis masa kini. Keduanya ialah merombak semula operasi dan kaedah SPRM oleh "Transparency International" dengan kuasa penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjadikannya sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional. Ketiga, Datuk Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional