red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://speakforperak.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh V. Sivakumar di Buntong pada hari Ahad, 18hb Disember 2011:

PERKASA menghina kaum India

Pertubuhan Pembela Hak Orang Melayu (PERKASA) sekali lagi cuba ungkitkan isu berbau perkauman yang cukup sensitif. Ini adalah berhubung dengan keputusan Putrajaya menarik balik novel 'Interlok' sebagai teks sastera. PERKASA cuba membela seorang penulis tetapi menghina keseluruhan kaum India di negara ini. Perkasa menghina kaum India sebagai gologan minoriti yang sudah besar kepala. Setiasausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali menunjukkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan kerana menggugurkan novel kontroversial Interlok yang menghina kaum India. Beliau berkata, kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. Beliau juga membuat kenyataan bahawa 'Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina'.

Beliau juga menambah bahawa apa yang tertera dalam novel tersebut yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. Apa maksudnya dengan perkataan 'fakta' ini? PERKASA cuba mengukuhkan kenyataan-kenyataan novel Interlok itu sebagai satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan. Dalam kata lain, PERKASA menyokong Interlok dan menghina kaum India sebagai Pariah.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap PERKASA yang terang-terang menghina kaum India di negara ini sebagai Pariah dengan mengatakan itu adalah fakta. Bukankah ini satu kenyataan yang boleh mewujudkan perpecahan yang mengancam perpaduan negara. Kenyataan beliau mengandungi 3 unsur perkauman yang menghina orang-orang India :

  1. Golongan minoriti yang besar kepala

  2. Ini sangat biadap

  3. Perkara kontroversi dalam Interlok adalah fakta

Ketiga-tiga ungkapan ini adalah terlalu sensitif yang bertujuan untuk membarakan semangat perkauman. Apakah tindakan yang akan diambil oleh jaguh-jaguh MIC terhadap PERKASA yang terang-terang menghina pimpinan mereka dan kaum India secara umumnya?

Dalam isu 'Black Matallic' di Perak, puak MIC melompat-lompat untuk membuat laporan polis di merata tempat terhadap YB Nga Kor Ming walaupun beliau langsung tidak menghina kaum India dalam ucapannya. Apakah pula gelagat puak MIC ini dalam adengan baru PERKASA yang jelas menghina kaum India? Rakyat seluruh negara sedang memerhatikan bagaimana MIC akan bertindak dalam hal ini.


* V. Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Negeri Perak & ADUN kawasan Tronoh

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional