red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://teonieching.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Teo Nie Ching di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 18hb Februari 2011:

Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam mengendalikan isu pelajar

Malam menjelang hari pernamaan calon bagi pilihanraya kampus hari ini menyaksikan seorang calon (Adam Adli) dari front Pro-Mahasiswa daripada Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima notis untuk menghadiri pendengaran berkaitan dengan penglibatan beliau dalam kempen 'Kembalikan Hak Air Rakyat' pada Disember tahun lepas.

Jika pelajar terbabit dituduh di bawah AUKU Bahagian 15 maka pelajar tersebut yang meyertai barisan Mahasiswa Progresif mungkin akan menghadapi tindakan penyingkiran atau hilang kelayakan sebagai calon.

Jika Adam Adli memerlukan keizinan daripada pihak pentadbiran untuk menyertai demonstrasi kempen air tersebut atau menghadapi tindakan penyingkiran daripada kampus, maka barisan mahasiswa nasional yang cenderung kepada sekolah juga patut dikenakan tindakan yang sama.

Presiden MCA dan Presiden Gerakan perlu memberi penjelasan berhubung dengan kem latihan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 7-9 Januari dalam suasana pilihanraya kampus. Setiap peserta yang kesemuanya mahasiswa Cina telah membincangkan masalah berkaitan kempen yang akan diadakan.

Saya masih ingat lagi pada tahun 2009, ketua perdebatan sastera MCA Chen Jin Hui bersama 5 orang ahli kumpulannnya telah menjemput Teresa Kok Suh Sim masuk ke dalam kampus untuk pameran tsunami politik 2008. Mengapa mereka dibenarkan menjemput Teresa Kok Suh Sim? Jelas Malaysia mengamalkan 'double standard' dalam melaksanakan undang-undang.

Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam melaksanakan undang-undang terhadap isu ini.

Manakala bagi ahli-ahli BN yang ingin memberi bantuan kepada pelajar dalam kempen-kempen pilihanraya seharusnya bersama-sama pihak kami dalam usaha menghapuskan AUKU daripada meneruskan perlaksanaan undang-undang 'double standard'.


* Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional