red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 11hb Julai 2011: 

Rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan untuk membatalkan kewarganegaraan Datuk Ambiga Sreenevasan 

Rakyat Malaysia biasa yang cintakan keamanan sudah bosan dan menangkis permintaan yang tidak bertamadun oleh Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mahu kewarganegaraan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dibatalkan.

Kenyataan Ali Rustam yang berbunyi "adalah lebih baik kehilangan seorang daripada kehilangan banyak nyawa" merupakan ancaman berselindung secara halus dan benar-benar tidak bertanggungjawab sebagai Ketua Menteri yang dipilih.

Kenyataan biadap sedemikian masih belum disiasat dan bukan sahaja tidak wajar tetapi juga tidak berpelembagaan dengan bersifat perkauman dan menghasut.

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: "Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau dikecualikan daripada Persekutuan", sedangkan Perkara 25 menyediakan peruntukan bagi pembatalan kewarganegaraan hanya untuk mereka yang mempunyai kerakyatan tetap. Iaitu 1) Kerajaan Persekutuan melalui perintah boleh melucutkan kewarganegaraan mana-mana individu yang mempunyai kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Artikel 16A atau 17 atau warganegara tetap jika berpuas hati - (a) bahawa dia telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan yang menunjukkan dia tidak setia atau tidak berpuas hati dengan Persekutuan".

Dalam erti kata lain, tiada rakyat Malaysia yang ibu bapanya juga rakyat Malaysia boleh dibatalkan kewarganegaraan melainkan mereka sendiri membuangnya. Ini menunjukkan bahawa tidak ada asas bagi permohonan oleh kedua dua Ibrahim Ali dan Ali Rustam.

Atas sebab itulah, DAP mengutuk perbuatan retorik yang berbahaya di mana berbau hasutan dan perkauman. Mengapa tuntutan ini hanya dibuat terhadap orang bukan Melayu dan tidak pernah berlaku kepada Melayu?

Sama seperti orang-orang bukan Melayu yang sebelum ini yang telah dicerca sebagai pendatang, menyamakan India seperti pengemis dan wanita cina sebagai pelacur, ternyata kenyataan- kenyataan berbisa ini ditujukan kepada Datuk Ambiga disebabkan dia adalah dari keturunan India.

Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan tegas ke atas Ibrahim Ali dan Ali Rustam atas kata- kata berunsur hasutan dan perkauman ini.

Selain itu, kami juga menyeru Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak supaya menunjukkan komitmen terhadap slogan 1 Malaysia dengan menuntut agar Ali Rustam digugurkan sebagai Ketua Menteri Melaka. Kenyataan- kenyataan oleh Ali Rustam ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak berpatutan dengan jawatannya.

Jika Hishamuddin dan Najib gagal untuk mengambil tindakan, ini bermakna mereka dan ahli UMNO yang lain juga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Diam tanpa setuju.

Dalam kes ini, bukan UMNO sahaja tidak bertanggungjawab tetapi semua parti komponen BN lain yang berdiam diri juga turut tidak bertanggungjawab. Jika mereka tidak menyebut perkataan bantahan dan menuntut agar tindakan terhadap kenyataan berbau kebencian ini diambil terhadap rakyat Malaysia, ini bermakna mereka juga tidak relevan dan berkesan.

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sudah bosan dengan penipuan dan perkauman yang tiada kesudahan oleh UMNO dan konco- konconya. Kami menuntut agar tindakan diambil terhadap kenyataan berbau zalim, yang bukan sahaja menghina peribadi Datuk Ambiga tetapi juga satu penghinaan kepada semua rakyat Malaysia secara am dan masyarakat India khususnya.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional