red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 12hb Julai 2011: 

BN dan sekutunya, UMNO seolah-olah berkeras untuk menghina rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan yang bersifat perkauman dan biadap secara berterusan 

Hari ini, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka atas pendirian mereka yang menuntut Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menarik balik dakwaan beliau bahawa judi adalah sebahagian daripada budaya kaum Cina. Penggantungan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh), Betty Chew (Kota Laksamana), Lim Jack Wong (Bachang) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) semalam juga adalah atas alasan yang sama.

Bukan setakat bertaubat atas kontroversi dan fikiran sempit tersebut, Ali Rustam menambah bahawa "Seperti yang umum ketahui, kaum Cina suka berjudi dan ini adalah sebahagian daripada budaya mereka".

Barisan Nasional sekali lagi tunduk untuk membangkitkan isu perkauman, dan sekarang mereka berasa terancam apabila berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat pada minggu lalu berkumpul untuk membantah regim ini.

Kesan daripada perhimpunan Bersih 2.0 itu, mereka mula bermain sentimen Melayu dengan mendakwa bahawa masyarakat Melayu telah menjadi hamba dan digunakan untuk memenuhi agenda bukan Melayu. Untuk membuktikan dakwaan tersebut, mereka mendakwa bahawa hampir semua peserta dalam perhimpunan tersebut terdiri daripada orang Melayu manakala orang bukan Melayu berdiri di belakang.

Semua dakwaan yang tidak berasas dikategorikan sebagai tidak benar kerana rakaman dan gambar- gambar perhimpunan boleh diperoleh secara online dan media asing juga turut memaparkan penyertaan berbilang kaum secara teguh. Malah, salah satu pujian yang utama dibangkitkan oleh peserta dalam perhimpunan tersebut adalah semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina atau India, berbeza umur dan latar belakang sosial, mempunyai ketabahan dan keberanian untuk mempertahankan hak-hak mereka ketika berdepan dengan polis dan ancaman ditahan.

Kemudian, mereka mengalihkan sasaran ke atas masyarakat India dengan menyerang Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan apabila kedua-dua, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Seri Ali Rustam meminta agar kerakyatan Ambiga dibatalkan, walaupun permintaan sedemiikan adalah tidak berpelembagaan dan berunsur hasutan.

Kini, Ali Rustam sekali lagi memaparkan kecetekan dan minda perkauman dengan menghina masyarakat Cina. Hakikatnya perjudian tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Cina. Walau bagaimanapun, disebabkan beliau dan pihak lain tidak dapat menjelaskan mengapa mereka mengeluarkan lesen perjudian, maka mereka cuba untuk menuding kesalahan kepada masyarakat Cina.

Ini adalah satu lagi contoh yang jelas pemimpin-pemimpin BN tidak menghormati rakyat Malaysia. Apabila mereka berhadapan dengan tekanan dan percanggahan pendapat umum, mereka sekali lagi menggunakan satu-satunya saluran yang mereka tahu iaitu - politik perkauman.

Pertamanya, pemimpin-pemimpin BN menghina masyarakat Melayu, kemudiannya masyarakat India dan sekarang masyarakat Cina. Adakah ini yang dimaksudkan dengan 1Malaysia? Sekiranya BN betul-betul menghormati seruan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, maka mereka perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas penghinaan yang dilakukan.

Di samping itu, Perdana Menteri kini perlu mengambil tindakan pantas dan tegas ke atas Ketua Menteri, Ali Rustam yang telah menghina kedua-dua masyarakat India dan Cina kerana sebarang kenyataan terbuka yang berbau perkauman tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ketua Menteri.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional