red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Sabtu, 4hb Jun 2011: 

Datuk Dr. Peter Chin tidak sedar bahawa pertukaran pinjaman tanpa faedah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang kepada geran dan maklumat mengenai Perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimaklumkan kepada umum atau didedahkan kepada pihak luar  

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui tidak menyedari bahawa pertukaran pinjaman tanpa faedah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang kepada geran dan maklumat mengenai Perjanjian Penstrukturan Semula Bekalan Air antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimaklumkan kepada umum atau didedahkan kepada pihak luar. Ini adalah berikutan sidang akhbar oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan pada 30 Mei 2011 yang cuba mendapatkan publisiti murahan bahawa geran RM1.2 bilion menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan negeri tidak meminggirkan Pulau Pinang. Teng turut menunjukkan pelan terperinci berhubung projek pembesaran tersebut.

Ini adalah melanggar etika kesulitan kerana di dalam perjanjian sebegini, secara umumnya adalah rahsia dan amat sulit, hanya negeri ataupun Kerajaan Persekutuan sahaja yang mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat perjanjian sebegini. Teng tidak seharusnya berkelakuan seperti beliau masih sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana beliau telah ditolak oleh para pengundi Pulau Tikus dan kalah di dalam pilihan raya?

Tidak seperti Presiden beliau, Tan Sri Koh Tsu Koon yang dilantik menjadi Senator dan Menteri melalui pintu-belakang, malah, Teng juga tidak memegang sebarang jawatan Kerajaan Persekutuan. Apa hak dan bagi pihak siapa Teng wakili dengan pengumuman sedemikian yang sepatutnya hanya datang dari pihak Persekutuan atau Kerajaan Negeri?

Saya telah bertanyakan kepada Peter Chin sama ada Kementeriannya telah mendedahkan maklumat tersebut dan mengungkapkan ketidakpuashatian saya berhubung tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak professional berhubung pendedahan umum oleh Teng menjelang majlis menandatangani oleh dua pihak Persekutuan dan Kerajaan Negeri di Putrajaya dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan saya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mengesahkan bahawa Teng tidak mewakili Kementeriannya.

Teng sebagai bekas ahli EXCO kerajaan berpengalaman sepatutnya mengetahui bahawa sekiranya seseorang ingin membuat pendedahan, ia perlu datang sama ada dari Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri dan bukannya Teng yang tidak mempunyai sebarang 'locus standi'. Ia adalah tidak senonoh, tidak professional dan tidak bertanggungjawab untuk Teng beliau berkelakuan sebegitu kerana beliau bukan ahli EXCO negeri ataupun pegawai Kerajaan Persekutuan. Saya sepatutnya menulis secara rasmi kepada Peter Chin untuk meminta satu siasatan daripadanya untuk menyiasat pihak yang memberi kuasa kepada Teng untuk membuat kenyataan sebegitu.

Manfaat utama 'National Water Services Industry Restructuring Initiatives' terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah:

  1. Tidak perlu membayar semula RM655.24 juta pinjaman bekalan air kepada Kerajaan Persekutuan, di mana akan dibiayai oleh PBAPP.

  2. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan diberi peruntukan geran sejumlah RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang.

  3. Kerajaan Persekutuan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek pengendalian sumber bekalan air.

  4. Meringankan bebanan kewangan untuk pembangunan dan peningkatan penyediaan aset bekalan air.

  5. Membolehkan PBAPP menfokuskan sepenuhnya terhadap penyediaan bekalan air dirawat dan penyediaan perkhidmatan serta tumpuan terhadap pencapaian operasi yang efisien, peningkatan kualiti air dan lain-lain perkhidmatan.

  6. Membolehkan PBAPP bergerak ke arah pemulihan kos dan kemandirian kewangan untuk jangka masa panjang.

  7. Mempertahankan kawalan terhadap penentuan kadar tarif air Pulau Pinang oleh warga Pulau Pinang sendiri.

Geran yang bernilai RM1.2 bilion untuk projek pembesaran Empangan Mengkuang akan dipercepatkan pemindahannya. Pada masa ini, kapasiti Empangan Mengkuang adalah 23 juta meter padu dan akan diperluaskan serta ditingkatkan kapasitinya kepada 78 juta meter padu serta mampu menampung keperluan air semasa dalam negeri sehingga tahun 2020.

Hal ini adalah peningkatan dari terma-terma yang ditawarkan kepada Kerajaan Negeri sebelumnya sebagai pinjaman tertunggak negeri berjumlah RM655.24 juta, ditanggung ketika Kerajaan Negeri BN, kini akan dikenakan pinjaman tanpa faedah. Tambahan pula, sejumlah RM1.2 bilion akan ditukar menjadi geran dan bukannya pinjaman bebas kadar faedah yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Akhirnya Kerajaan Negeri dapat mengawal kadar tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional