red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada hari Isnin, 6hb Jun 2011: 

Lima operasi membanteras jenayah termasuk penubuhan IPCMC bukan sahaja dapat menzahirkan aspirasi keselamatan malah orang awam turut berasa selamat 

Pencegahan jenayah dan pengawalan ketenteraman awam merupakan salah satu penunjuk prestasi utama tata pentadbiran yang baik. Bersandarkan alasan ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kebimbangan beliau walaupun berdasarkan statistik rasmi menunjukkan kadar jenayah telah menurun tetapi persepsi masyarakat adalah sebaliknya.

Tan Sri Muhyiddin gagal memahami bahawa orang awam bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi mereka juga harus berasa selamat. Tidak ada statistik yang menunjukkan kejayaan memerangi jenayah dapat mengubah persepsi masyarakat sekiranya mereka berasa pada bila-bila masa mereka boleh diserang atau masih mendengar serta melihat kejadian jenayah.

Keyakinan masyarakat terletak pada kemampuan Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan; sekiranya lima operasi membanteras jenayah dilaksanakan oleh PDRM:

  1. kebebasan mutlak dalam membanteras jenayah tanpa campur tangan dan kawalan politik.

  2. menegakkan ketelusan dan kebertanggungjawaban serta memerangi gejala rasuah dengan menubuhkan 'Independent Police Commission On Misconduct and Complaints' (IPCMC) iaitu sebuah suruhanjaya bebas yang bertanggungjawab terhadap salahlaku anggota polis.

  3. tindakan segera sama ada menangkap pesalah-pesalah yang bertanggungjawab atau mengemaskini data-data aduan berkaitan laporan penyiasatan.

  4. meletakkan anggota polis di kawasan-kawasan 'panas' di mana mereka mudah dilihat, didengar dan dirasa.

  5. menubuhkan polis komuniti dengan kerjasama dan bantuan sukarela daripada polis peronda serta pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

Kriteria terpenting dalam memastikan keberkesanan anggota polis ialah dengan memastikan bahawa mereka tidak disalahgunakan sebagai 'alat mainan' politik tetapi membantu pihak polis dalam membanteras jenayah dengan sedaya upaya dan sokongan moral yang jitu. Tidak ada yang lebih melemahkan apabila melihat pihak polis memberkas penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman, yang anti-BN tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara membabi buta, yang pro-BN, atau melihat budak lelaki berusia 15 tahun ditembak sehingga ajal oleh pihak polis.

Masyarakat menginginkan pihak polis untuk bertindak adil dan bukannya mengamalkan berat sebelah. Sekiranya masyarakat tidak mempunyai keyakinan terhadap pihak polis, sebarang penurunan kadar jenayah tidak mampu mengubah persepsi masyarakat. Itulah puncanya, walaupun kadar jenayah secara keseluruhan menurun sebanyak 15% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 dan menurun sejumlah 10% lagi bagi empat bulan pertama tahun ini, tetapi masyarakat masih lagi berasa tidak selamat.

Malah di Pulau Pinang, walaupun mencatat penurunan tertinggi dalam indeks jenayah pada tahun 2010 sebanyak 27% dan juga penurunan berganda dalam kadar jenayah nasional untuk empat bulan pertama tahun ini, tetapi masyarakat masih lagi berasa tidak selamat. Kerajaan Negeri sangat komited dalam memastikan Pulau Pinang lebih selamat dengan pemasangan CCTV dan mengadakan sukarelawan rondaan oleh komuniti setempat untuk membantu pihak polis. Hal ini memerlukan komitmen walaupun dalam menangani jenayah kecil yang mungkin boleh menyebabkan terjadinya jenayah serius seperti mengekang gejala Mat Rempit.

Tan Sri Muhyiddin telah mengambil langkah positif dengan menubuhkan IPCMC seperti yang terkandung dalam senarai di atas dan mengambil nasihat mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Mat Zain Ibrahim untuk memenuhi aspirasi bahawa masyarakat bukan sahaja perlu berada dalam keadaan selamat tetapi juga berasa selamat. Adalah rumit apabila IPCMC, dianggap antara 125 cadangan paling penting yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan PDRM pada tahun 2005, tidak dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri boleh mengikhtisaskan anggota polis dan mengembalikan keyakinan masyarakat sekali gus dengan menubuhkan IPCMC. Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Putrajaya, salah satu reformasi awam yang terpenting yang akan dilaksanakan ialah melaksanakan kesemua 125 cadangan Suruhanjaya DiRaja, termasuk menubuhkan IPCMC sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan aduan awam.


*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional