red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 9hb Jun 2011: 

1Malaysia hanyalah slogan kosong apabila bangsa Melayu, Cina atau India diutamakan daripada bangsa Malaysia 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebagai etnik rasmi, yang membuktikan konsep 1Malaysia, ini merupakan peristiwa yang amat mengecewakan. Jelaslah BN begitu rasis kerana mengutamakan bangsa Melayu, Cina atau India daripada bangsa Malaysia.

DAP berbangga dengan kedua-dua mereka, Hannah dan Ramachandran yang mengamalkan dasar "Malaysians' Malaysia" dan "Malaysian diutamakan" daripada DAP dalam kehidupan mereka dan semangat menjadi rakyat berbangsa Malaysia di mana kita semua terikat dengan satu tujuan bersama sebagai satu bangsa. Dengan memaksa kita semua ke kancah kotak etnik, BN sebenarnya tidak meraikan kepelbagaian ataupun mencipta identiti rakyat Malaysia tetapi menggunakan peluang yang ada untuk bermain politik pecah dan perintah.

Kita harus melihat jauh di bawah warna kulit di mana darah yang mengalir adalah sama berwarna merah. Kita harus melihat latar belakang etnik yang lepas dan akan menjumpai keturunan warisan kita. Kita harus melihat jauh di sebalik bangsa kita dan akan mendapati bahawa kita semua adalah daripada golongan bangsa manusia.

Sokongan penuh diberikan kepada Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai "Anak Malaysia"

Memaksa Hannah dan Ramachandaran untuk memilih bangsa India atau Cina merupakan sesuatu yang menjijikkan kerana mereka hanya ingin anak mereka dikenali sebagai "Anak Malaysia". Hannah dan Ramachandran telah berusaha keras agar rakyat Malaysia dapat melihat bahawa kita tidak boleh membiarkan BN meracuni fikiran anak muda dengan ideologi perkauman yang lapuk dan berbahaya di mana seorang anak dianggap tidak cukup baik dan harus bergantung pada tongkat atau tidak akan diberi ganjaran untuk prestasi cemerlang yang mereka capai tidak kira sehebat mana pun kerana mereka berasal daripada golongan bangsa yang tertentu.

DAP akan memberikan sokongan yang penuh kepada perjuangan Hannah dan Ramachandran untuk anak mereka dikenali sebagai "Anak Malaysia". Sekiranya kedua-dua mereka ingin membawa kes ini ke mahkamah, saya telah mengarahkan Pengerusi Biro Undang-Undang kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Saudara Gobind Singh untuk menguruskan kes ini.

Akhirnya, bukan siapa diri kita yang penting tetapi yang pentingnya ialah siapakah kita; bukan warna kulit yang penting tetapi nilai keperibadian; dan bukan keturunan nenek moyang kita yang penting tetapi bagaimana kita berhubung antara satu sama lain dalam menghadapi masa depan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional